Kemalangan Pelajar UMSKAL di Labuan Seorang Maut, Dua Parah

Kickbola.net
Kemalangan maut melibatkan Pelajar UMS-KAL berhampiran Kolej Matrikulasi Labuan. Pelajar Tahun 2 Leo Pie Nee Terbunuh dalam kejadian yang berlaku petang kelmarin. Manakala 2 lagi yang cedera dimasukkan ke ICU iaitu Nabilah Hamid & Daisy Dulcie dan Setakat ini dilaporkan Stabil.
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Kemalangan di Labuan Seorang Maut, Dua Parah

Seorang pelajar Kolej Antarabangsa Labuan Universiti Malaysia Sabah (UMSKAL) terbunuh manakala dua rakannya cedera parah dalam kemalangan jalan raya petang Ahad.

Pelajar yang maut berusia 22 tahun berasal dari Kuantan, Pahang terbabit dalam kemalangan pada pukul 4 petang di Kampung Merinding di sini apabila kereta Perodua Kenari yang dipandu rakannya cuba mengelak daripada melanggar seekor anjing lalu terbabas dan merempuh sebatang pokok.

Ketua Polis Labuan Superintendan Adzhar Othman berkata, dua pelajar yang cedera berasal dari Sabah dan kini mendapat rawatan di Hospital Nukleus Labuan.

Beliau berkata, kemalangan berlaku ketika ketiga-tiga pelajar itu sedang dalam perjalanan dari UMSKAL menuju Kampung Lajau. – Bernama

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.