20 Malim Gunung dilantik sebagai Pegawai Bomba Bantuan Mountain Search And Rescue (MOSAR)

Kickbola.net
Jimmy Alexis, Spencer Simon Molubi, Dahlan Saharom merupakan 3 anggota Bomba & Penyelamat Ranau yang pertama mendaki bersama malim gunung dalam operasi mencari & menyelamat. Mereka lah yang menjumpai mangsa pertama di Gunung Kinabalu. Inilah wajah-wajah Pegawai Bomba Bantuan Mountain Search and Rescue (MOSAR) yang terdiri daripada kalangan Malim Gunung Kinabalu. Semoga dengan kerjasama ini, segala bencana dapat diuruskan dengan lebih cepat & mantap.
20 malim gunung dilantik sebagai Pegawai Bomba Bantuan

RANAU – Seramai 20 malim gunung hari ini masing-masing menerima surat pelantikan sebagai anggota Pegawai Bomba Bantuan (PBB) yang dikendalikan oleh Balai Bomba Penyelamat Ranau.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Rahman Dahlan berkata, kesemua anggota bantuan itu akan ditempatkan di sepanjang laluan pendaki dan kawasan rehat di Laban Rata, Gunung Kinabalu.


“Pelantikan malim gunung sebagai anggota Bomba Bantuan bersesuaian dengan kepakaran dan keupayaan mereka melakukan tugasan di kawasan tinggi selain mahir dengan laluan di gunung berkenaan,” katanya lagi. Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Pegawai Bomba Bantuan, Mountain Search and Rescue (MOSAR) di Balai Bomba Penyelamat Ranau, di sini hari ini.


Katanya, setiap anggota Bomba Bantuan berkenaan akan dibayar elaun bertugas atau operasi sebanyak RM6.00 sejam yang mampu mencapai RM500 sebulan. Menurutnya, malim gunung berkenaan akan menjalani latihan asas selama 10 hari yang ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.


“Bagi memantapkan lagi kerja menyelamat, mereka juga akan dilengkapi dengan peralatan Search and Rescue (SAR) seperti Strecher dan Tali Penyelamat,” tambahnya. Sehubungan itu, beliau berharap agar dengan penubuhan pasukan bantuan itu akan meningkatkan keyakinan para pendaki dan pelancong terhadap aspek keselamatan di Gunung Kinabalu.


Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan sumbangan kepada Persatuan Malim Gunung dan Persatuan Bas dan Kereta Sewa Taman Kinabalu masing-masing berjumlah RM20,000 dan RM15,000.

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.