Lima Lagi Mayat Mangsa Gempa Sabah Ditemui!

Gempa Sabah: 5 Lagi Mayat Ditemui.

klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



7 Foto Gambar : Ramai luah rasa simpati mangsa insiden gempa di Sabah

Pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR) pada Ahad menemui lima lagi mayat di Gunung Kinabalu susulan gempa bumi pada Jumaat yang melanda Ranau, kata Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun.

Beliau berkata, tiga daripada mayat telah dikeluarkan dan diterbangkan ke Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu oleh helikopter sementara dua lagi mayat belum dibawa turun.

"Tetapi keadaan kedua-dua mayat menyukarkan kami untuk membuat pengecaman secara positif mengenai identiti kerana sebahagian daripadanya hanya cebisan tubuh.

"Jadi kami benar-benar tidak tahu sama ada sebahagian daripadanya telah dikeluarkan dari kawasan bencana adalah mayat baharu.

"Sebab itulah untuk sementara waktu ini, kami menyenaraikan dua masih hilang kerana kami tidak dapat membuat pengecaman positif tentang identitit mereka disebabkan keadaan mayat," katanya pada sidang media di Pusat Operasi Taman Kinabalu, di sini.

Masidi berkata, dua mangsa yang masih dilaporkan hilang ialah dua warga Singapura - seorang guru dan seorang pelajar.


"Jumlah mangsa yang terkorban ialah 18, 16 daripada mereka ditemui mati dan mereka ialah enam dari Malaysia, Singapura (7), Filipina (satu), China (satu), Jepun (satu)," katanya.

Beliau juga menjelaskan bahawa daripada enam yang dilaporkan hilang pada Sabtu, seorang masih hidup. 

Katanya, Mohd Khairulridzuan Abdul Kahalif, 39, warga Malaysia dilaporkan berada dalam kumpulan pertama 52 pendaki yang berjaya dibawa turun dengan selamat pada hari kejadian.

"Beliau berada dalam kumpulan pertama tetapi tidak diambil kira dan beliau sekarang telah kembali di Kuala Lumpur," katanya. 

Sementara itu, Masidi berkata operasi SAR akan dikecilkan tetapi akan diteruskan sehingga semua mangsa ditemui.


"Kami akan mengurangkan operasi SAR sehingga pada satu tempoh apabila kami percaya bahawa semua telah ditemui. Keseluruhan ideanya ialah kami perlu meneruskan operasi seandainya kami menemui cebisan badan mayat," katanya.

Picture Picture
Rata-rata rakyat Malaysia meluahkan kegusaran dan simpati mereka terhadap insiden tersebut menerusi penggunaan hashtag #PrayForSabah di laman sosial. Golongan selebriti juga tidak terkecuali untuk sama-sama meluahkan rasa simpati mereka terhadap insiden tersebut.

Insiden gempa bumi sederhana berukuran 5.9 pada skala richter melanda Ranau, Sabah pada 5 Jun lalu kira-kira jam 7.15 pagi mengejutkan rakyat Malaysia.

Gegarannya turut dirasai di beberapa daerah lain seperti Tamparuli, Keningau, Kota Belud, Inanam, Likas, Kinarut, Penampang dan Kota Kinabalu.



Kongsikan artikel ini:
***Jangan lupa like dan follow facebook kami di Kickbola Network dan langgan saluran Telegram BeritaUp2Date untuk kemas kini berita terkini.


Post a Comment

Previous Post Next Post