PDRM sukar kesan pendaki bogel, guna pengenalan diri palsu

Kickbola.net
Empat Pelancong Bogel Di Gunung Kinabalu Ditahan.
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Polis buru warga asing bogel di puncak Gunung Kinabalu, Polis sukar kesan pendaki bogel, guna nama palsu, tak lengkap

KOTA KINABALU: Polis sukar mengesan semua 10 suspek yang berbogel di Gunung Kinabalu kerana menggunakan nama palsu atau tidak memberikan nama yang lengkap ketika mendaftar untuk mendaki.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, berkata setakat ini, polis hanya dapat mengesan lima daripada 10 suspek dalam kejadian itu, yang mana empat sedang ditahan reman manakala seorang lagi masih diburu.
Baddrol
PESURUHJAYA Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman. - Foto Mohd Adam Arinin
Beliau berkata, siasatan ke atas empat pelancong, termasuk dua wanita yang ditahan reman hingga Sabtu ini, dijangka selesai hari ini dan kes akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.
Baddrol
Ketua Kumpulan Emil Kaminski Masih Dicari Polis.
"Kita akan selesaikan secepat mungkin siasatan itu dan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya," katanya pada sidang media selepas hadir pada Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, di sini, sebentar tadi.
Baddrol
KERTAS siasatan kes empat pelancong berbogel di puncak Gunung Kinabalu sudah diserahkan kepada Pendakwaraya hari ini untuk tindakan lanjut.
Beliau turut meminta supaya Taman-Taman Sabah memastikan pengurusan mereka meminta MyKad atau pasport antarabangsa selain gambar baharu daripada pendaki sebelum mendaki Gunung Kinabalu.

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.