Video Tribute Buat Robbi Sapinggi Unsang Hero di Puncak Gunung Kinabalu

(Video Tribute) Malim Gunung, Robbi Sapinggi Hero di Puncak Gunung Kinabalu

klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Kejadian gempa bumi yang melanda negeri Sabah memberi tamparan hebat terutama di kawasan yang terlibat teruk iaitu di Gunung Kinabalu kerana kehilangan seorang insan yang berjiwa kental yang bertugas sebagai malim gunung, Robbi Sapinggi, 30 tahun.

Robbi dianggap hero kerana keberanian dan sikap tanggungjawabnya rela berkorban nyawa demi cuba menyelamatkan pendaki-pendaki gunung tersebut ketika dilanda gempa.

Walaubagaimanapun, Robbi dilaporkan meninggal dunia akibat kerana tidak dapat turun dari gunung tersebut dan terkena serpihan batu yang runtuh sehingga mengakibatkan pendarahan teruk dan mayat beliau merupakan mayat pertama yang dijumpai oleh pasukan penyelamat.


Robbi merupakan lelaki berbangsa Kadazan Dusun yang beragama Kristian meninggalkan seorang balu, Reena Joshi dan seorang anak lelaki yang berusia enam bulan.


Isterinya Reena menceritakan mereka pernah  berjauhan selama beberapa bulan kerana Reena terpaksa pulang ke England untuk meneruskan rancangannya untuk menetap di Sabah bersama Robbi.


Ditanya mengenai pengorbanan yang dilakukan oleh suaminya, Reena mengatakan "Ia adalah salah satu sifat suaminya"

"Dia sangat penyayang. Dia akan keluar mencari jalan untuk berbuat apa-apa dan segala-galanya untuk semua orang. Dia sentiasa meletakkan orang lain terlebih dahulu sebelum dirinya sendiri. Beliau adalah seorang suami yang hebat, dan dia seorang ayah sekarang dan ayah yang sangat penyayang. Dia selalu tersenyum, itu adalah perkara yang terbaik mengenai beliau, "kata Reena dengan senyuman yang lemah antara air mata." - Reena Joshi

VIDEO TRIBUTE ROBBI SAPINGGI



Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.