MH370

Terkini
.

Video Trolling Malaysia Emil Kaminski Hina Menteri Pelancongan, Sindir Warga Sabah

Kickbola.net
(Video) Terima Banyak Komen Kutukan & Ugutan Bunuh, Pelancong Bogel Sindir Rakyat Malaysia
(Video) Terima Banyak Komen Kutukan & Ugutan Bunuh, Pelancong Bogel Sindir Rakyat Malaysia

Berikutan menerima beribu-ribu komen kutukan dan ugutan bunuh, salah seorang dari pelancong yang berbogel di Kota Kinabalu, Sabah baru-baru ini memuat naik satu video sepanjang 12 minit 35 saat yang bertajuk "Trolling Malaysia".

Lelaki tersebut, Emil Kaminski, berkata komen-komen itu dilemparkan oleh rakyat Malaysia setelah dia membuat satu posting di Facebook yang menggelar Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun sebagai bodoh.

Di dalam video tersebut, Emil membaca beberapa komen-komen dari rakyat Malaysia dengan nada yang menyindir.

Kebanyakan komen-komen di posting itu menyalahkan perbuatan Emil kerana berbogel dan tidak kurang juga ugutan bunuh.

Antara komen-komen yang dibacakan oleh Emil.
Selain itu, kelihatan juga komen-komen yang mencuit hati seperti "Your grandmother is green"(nenek kau hijau) yang viral dalam kalangan rakyat Malaysia sejak kebelakangan ini.

Komen yang mengatakan "your grandmother is green"


Video tersebut dimuat naik oleh Emil semalam di Youtube yang menggunakan nama "Moonketime" dan mendapat 80 likes dan 442 dislikes. 
Video Trolling Malaysia Emil Kaminski Hina Menteri Pelancongan, Sindir Warga Sabah Reviewed by admin Ucop on 2:08 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sabahup2date © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.