Adira Suhaimi tak mahu terganggu dengan kisah lalu
Penyanyi Adira Suhaimi tidak mahu lagi memandang kisah lalu sebaliknya ingin membuka lembaran baru dalam kamus hidupnya.
Baru-baru ini nama penyanyi lagu 'Hilang' itu menjadi bualan hangat apabila berita ikatan pertunangan bersama jejaka pilihan hatinya yang juga Presiden Gagasan 1Malaysia, Shahrul Nasrun Kamarudin terputus di tengah jalan.Belum reda keretakan hubungan mereka, nama pendatang baru Elizabeth Tan pula dikaitkan sebagai orang ketiga dan menjadi punca terputusnya hubungan mereka.
"Alhamdulillah saya bahagia dengan kehidupan saya sekarang dan tak mahu lagi memandang ke belakang. Biarlah kisah lalu itu berlalu pergi," kata Adira.
Penyanyi berusia 24 tahun itu turut menzahirkan rasa sebak dengan kemusnahan negeri kelahirannya yang terjejas akibat bencana alam baru-baru.
"Mengalir air mata saya melihat keadaan gunung ganang di Sabah yang terjejas akibat gempa bumi. Sebak melihat keadaan di negeri kelahiran saya yang berubah strukturnya.
"Baru-baru ini ketika pulang beraya pun saya turut mengalami sedikit gegaran. Namun saya tidak gelabah kerana sudah reda dengan sebarang kemungkinan. "Dalam sehari kira-kira tiga kali juga saya merasai gegaran itu. Namun ia tidak terlalu merisaukan," jelas Adira. Dalam pada itu, Adira berkata dia dan keluarga menyambut Aidilfitri secara sederhana.
Baginya, lebaran adalah masa untuk dimanfaatkan dengan meluangkan masa bersama keluarga.
"Sejak dulu lagi saya menyambut raya secara sederhana saja. Rutin kami pada pagi raya adalah menziarahi pusara dan solat sunat Aidilfitri bersama.
"Lagipun keadaan rumah turut terjejas dengan mengalami keretakan di beberapa bahagian tertentu. Mengikut perancangan pengubahsuaian akan dibuat selepas raya," katanya mengakhiri perbualan.
Kongsikan artikel ini:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date
Post a Comment