Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan di sini berkata gempa itu berpusat di 8 kilometer barat daya Ranau, Sabah. | A weak earthquake has occurred at 10:35pm 02/07/15, 6.0N 116.6E with Magnitude 3.2 Depth 10km at Ranau. 8km Northwest of Ranau, Sabah.Tremors felt in Ranau, Sabah.MMD. MMD - Malaysian Meteorological Department
Gegaran ke-102! Gempa lemah 3.2 Skala Richter gegar Ranau pada pukul 10.35 Malam
RANAU, 2 Julai -- Gempa bumi lemah berukuran 3.2 pada skala Richter melanda Ranau, Sabah pada 10.35 malam tadi, menurut laman sosial rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia.
Jabatan itu melaporkan bahawa pusat gempa itu adalah pada 6 darjah Utara dan 116.6 darjah Timur dan 8 kilometer barat laut Ranau telah menghasilkan gegaran kawasan yang terjejas."Berdasarkan kepada lokasi dan magnitudnya, gempa bumi itu tidak dijangka menghasilkan tsunami yang boleh menjejaskan kawasan pantai Malaysia," menurut kenyataan itu.
Pada 5 Jun lalu, Ranau digegarkan oleh gempa bumi sederhana berukuran 5.9 pada skala Richter yang meragut 18 nyawa.
Post a Comment