Tindakan berani seorang lelaki berjaya menyelamatkan isteri dan anaknya yang berada dalam kereta mereka dari dirompak oleh seorang lelaki di Lorong 62, Taman Indah Jaya dekat sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Sandakan, Zabidi Md Zain berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi itu tidak ada barang yang hilang dan mangsa adalah pasangan suami isteri berumur 35 dan 42 tahun.Kejadian itu berlaku ketika si isteri hendak menghantar anaknya ke rumah pengasuh.
Menurutnya ketika masuk ke dalam kereta, seorang lelaki telah datang ke kereta wanita itu melalui sebelah penumpang bahagian hadapan dan bertanyakan di mana letaknya rumah seseorang yang ada disebut namanya.
Bila wanita itu menyatakan tidak tahu, lelaki itu masuk ke dalam kereta dan mengugut wanita itu supaya jangan berteriak kalau tidak mahu dicederakan, kata Zabidi.
Zabidi berkata si suami yang melihat kejadian dari rumah terus meluru ke kereta.
Lelaki itu bertindak memandu kereta itu untuk melarikan diri dengan wanita dan anaknya masih berada di dalam kereta.
Sebelum itu ia mengundurkan kereta dan melanggar pagar rumah hingga membolehkan wanita itu keluar dari kereta bersama anaknya.
Si suami kemudian bertindak memegang tengkok lelaki itu yang masih berada di dalam kereta, bagaimanapun lelaki itu dapat memandu kereta itu dan telah melanggar sebuah kenderaan lain yang di parkir di tepi jalan, katanya.
Beliau keluar dari kereta dan terus melarikan melarikan sebuah bas yang di parkir berdekatan.
Zabidi berkata polis yang bertindak selepas menerima laporan itu kemudian menemui bas berkenaan yang ditinggalkan di tepi jalan di Lorong 11 Taman Kenari di Batu 7.
Beliau berkata pasangan suami isteri itu mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan dan dalam keadaan stabil.
Menurutnya polis telah melancarkan gerakan memburu lelaki itu yang dipercayai warganegara Filipina berdasarkan pertuturannya ketika cuba melakukan rompakan.
Zabidi meminta orang ramai yang mempunyai maklumat menghubungi polis atau Pegawai Penyiasat Kes, Inspektor Saiful Adli di talian 013-5190045. - BERNAMA
Susulan kes yang berlaku di Taman Indah Jaya, Sandakan pagi tadi, saspek telah melarikan diri ke Taman Kenari, Batu 7 Sandakan dengan menaiki van mini 25 penumpang. Pemandu van juga telah disamun dalam kejadian tersebut. Sekiranya ternampak apa-apa yang mencurigakan, sila hubungi talian hotline 24 jam Ibu Pejabat Polis Sandakan di talian 089-212222. Siasatan berhubung kejadian tersebut masih dalam siasatan.
Mangsa telah didatangi suspek yang ingin bertanyakan sesuatu sebelum bertindak masuk ke dalam kereta dan mengugut akan mencederakan sekiranya mangsa berteriak. Katanya, suami mangsa kemudian bertindak mengundurkan kereta dan terlanggar pagar sebuah rumah berhampiran.
Difahamkan, berlaku pergelutan diantara suami mangsa dengan suspek sebelum suspek bertindak memecut kenderaan dan melanggar sebuah kenderaan lain. Suspek kemudian melarikan diri dengan menaiki sebuah bas yang berada berdekatan. Bas itu kemudian ditemui di tepi jalan di Lorong 11, Taman Kenari.
Suspek adalah seorang lelaki dengan ketinggian lebih kurang 5 kaki 6 inci, badan agak berisi, berambut pendek, berjambang, berkulit gelap, memakai baju t-shirt berwarna hijau dan seluar jeans berwarna biru.
Suspek menggunakan senjata tajam dipercayai sebilah pisau dengan loghat pertuturan dipercayai warganegara Filipina.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pihak polis atau Pegawai Penyiasat kes, Inspektor Saiful Adli di talian 013-5190045.
Kes disiasat di bawah Seksyen 394/511 Kanun Keseksaan.
Seorang suspek cuba untuk merompak kereta di Taman Indah Jaya, Phase 8 Hari ini sekitar jam 10 pagi. Seorang kanak-kanak kebetulan berada dalam kereta tersebut dan suspek terus membuka pintu dan masuk ke bahagian depan tempat duduk penumpang berpura-pura bertanyakan lokasi kepada pemandu yang merupakan ibu kepada budak tersebut.
Ibu tersebut kemudian berteriak kepada suami untuk meminta tolong dan cuba menendang suspek ketika suspek cuba mengugut untuk mencederakan mangsa. Pergelutan terjadi diantara ibu bapa kanak tersebut dengan suspek , ibu bapa kanak-kanak itu mengalami kecederaan.
Mangsa bernasib baik, dengan bantuan beberapa jiran lain, kereta dan kanak-kanak itu selamat. Suspek cuba melarikan diri dengan cubaan melompat ke dalam sebuah bas van mini.
Walau bagaimanapun pemandu van itu telah membuat laporan polis selepas itu dimana suspek juga cuba menggunakan senjata tajam mengugut pemandu bas tersebut.
Dalam siasatan awal pihak Polis, motif suspek adalah lebih kepada rompakan kereta tetapi tidak tolak kemungkinan ia juga adalah cubaan penculikan. Ibu bapa tersebut telah dibawa ke hospital oleh ambulans untuk rawatan lanjut. Kanak-kanak itu pula selamat dan tidak terdapat sebarang kecederaan dialami.
Peringatan buat warga SOS untuk sentiasa mengunci kereta sebaik sahaja anda masuk ke dalam kereta.
Sila matikan enjin & jangan sesekali tinggalkan kunci di dalam kereta terutama enjin hidup bila keluar atau mengambil anak anda ke sekolah atau pengasuh.
Apabila anda memanggil polis , sila berikan maklumat tepat dan terperinci tentang lokasi sebenar secara tepat & Khas mengenai (LOT , BLOK , TAMAN , LORONG dan NOMBOR TEL anda) supaya pihak berkuasa dapat cepat sampai ke destinasi anda dengan lebih cepat.
Jangan berikan maklumat secara general kerana ia hanya akan melambatkan bantuan untuk sampai.
Berikut merupakan laporan asal :
A suspect was trying to rob a car at Taman Indah Jaya, Phase 8 today around 10am. A child was coincidentally inside the car while the suspect gets into the front passenger seat and pretends to ask for location to the driver (the child's mother).
The mother was shouting to her husband for help and trying to kick the suspect out when the suspect drew a shape weapon to threaten the mother.
During the struggling session of the parents with the suspect, the parents of the child were injured. With the help of some other neighbor, the car and the child is safe. But the suspect has jump into a mini bus van. However the van driver has made a police report after that as the suspect also using the sharp weapon to threaten the bus driver to drive him away.
The police are investigating now and we think that the motive of the suspect is more on car robbery but we cannot exclude also the possibility of kidnapping too. The 2 victims (husband and wife) have been brought up to hospital for treatment by ambulance. The child is safe, fine and not injured.
My personaly advise and reminder please
1) LOCK the car DOOR EVERYTIME time once you get into the car.
2) OFF your can ENGINE and TAKE OUT the car KEY when you send your child to school or baby sitter.
3) When you call for police, please give a bit more of time to tell the EXACT & SPECIFIC LOCATION (LOT, BLOCK, TAMAN, LORONG and your TEL NUMBER) so that police and reach your destination faster and NOT GENERAL.
CHAN TZUN HEI
N.45 ELOPURA
0198131713
24.08.2015
Kongsikan artikel ini:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date
Post a Comment