Murid PPKI SK Matunggong meninggal dunia pagi tadi (21 Ogos 2015) di rumahnya.
Dilaporkan melalui laman rasmi SK Matunggong bagi murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dimana salah seorang Murid mereka telah meninggal dunia pada pagi 21 Ogos 2015 di rumah keluarganya.Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul, menurut perkongsian laman ini yang mendapat 423 likes dan 23 Share, anak ini menderita sakit buah pinggang & Penyakit Talasemia.
Sedih melihat keadaan perkongsian ini dimana melihat keadaan keluarga mendiang yang susah dan difahamkan jarak perjalanan dari rumah sangat jauh dari sekolah.
Kami difahamkan, ibunya seorang ibu tunggal! Semoga dipermudahkan semua urusan pengebumian mendiang.
"Damai sejahteralah wahai permata kami (adik Birrin Talakan) di sisi Tuhan"
Takziah buat keluarga adik Birrin Talakan,semoga ibunya tabah menghadapi ujian ini.
Kongsikan artikel ini:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date
Post a Comment