Respect! Penghargaan Dari Masyarakat buat Lans Koperal Fazli

Kickbola.net
THE SMILING POLICEMAN- Inilah kualiti polis yang masyarakat mahukan. Dia dikenali sebagai Super Lee di kalangan anggota Balai Sri Damansara
PUJIAN DARI MASYARAKAT: SIKAP LANS KOPERAL FAZLI PERLU DIJADIKAN CONTOH

Contoh yang baik ditunjukkan brother polis Fazli ni. Mesra dengan masyarakat dan sentiasa ada bila diperlukan. Anggota macam nilah yang diperlukan dan admin percaya masih ramai lagi polis diluar sana yang ada sikap macam bro polis ni. Kena dengan tema sambutan hari polis ke-208 'Polis & Masyarakat Berpisah Tiada!

AKU tak tau nama penuh dia. Nombor badan apatah lagi. Tapi kami panggil dia Fazli Polis. Dia sentiasa ada untuk kami. Dia bagi nombor telefon bimbit personal kat kami semua. Call ja. 24 jam avalaible. Apa saja mau mengadu pasal keselamatan, jenayah, Negro bertekak, laki bini bergaduh, mat rempit memekak etc dia akan muncul. Kalau tak bertugas, dengan berselipar jepun pun dia datang. Paling tidak pun dia akan panjangkan maklumat pada balai berhampiran atau rakan setugasnya.

TEMBAK! TEMBAKLAH !

Video Kiriman Sahabat: Anggota Polis menenangkan keadaan. Walaupun dalam situasi tegang dan cemas. "Tembak, tembak lah" jerit lelaki tu.Siapa yang ada info tentang kejadian ni mohon share dekat comment.Syabas PDRM kerana berjaya kawal keadaan tanpa melibatkan kecederaan. SALUTE!Lagi Video Like -- Friends Of PDRM

Posted by Friends Of PDRM on Tuesday, August 25, 2015


Malam tadi ketika sedang berehat sebentar untuk menghilang dahaga di restoran, Fazli yg sentiasa tersenyum dan 'humble' gila ini sempat mempromosi Hari Bersama Pelanggan antara IPD Petaling Jaya dgn orang ramai secara santai dan bersahaja. Selesai 'ceramah ringkas', dia minta izin memandu MPVnya untuk meneruskan rondaan.

Fazli bukan anggota komando 69 yg pandai bermain senjata, bukan SB yg pintar mengumpul maklumat, bukan detektif yg lasak dan pandai menyiasat, namun dia adalah antara contoh terbaik anggota polis yg mampu mengangkat martabat dan nama baik PDRM di dalam komuniti.

Serius, inilah kualiti anggota polis yg masyarakat mahukan. Tak kekok bergaul dengan orang awam, ramah dan pada masa yg sama tegas menunaikan tanggungjawabnya. Tahniah PDRM amnya dan IPD Petaling Jaya khususnya. Dan aku percaya, kita tidak ketandusan anggota polis seperti anak muda ini. RESPECT!

p/s: Bagi kredit kt Syahril A. Kadir

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.