Penduduk Temerloh Terkejut lembu disumbat muat dalam Toyota Wish

Kickbola.net
MENCURIGAKAN... Sebuah kenderaan MPV Toyota Wish terbabas di Kg Temerloh awal pagi tadi. Tiada orang di dalamnya, kecuali 3 ekor lembu! Adakah lembu sudah pandai memandu sebab sejarah membuktikan zaman dahulu ada kereta lembu!

Lagi gambar kemalangan 'lembu naik wish' pagi tadi

Penduduk kampung yang ingin menyelamatkan mangsa kenderaan pelbagai guna (MPV) selepas terbabit kemalangan gempar apabila melihat di dalamnya ada tiga ekor lembu di Kilometer 9 Jalan Temerloh-Triang, berhampiran Kampung Lebak, dekat sini, hari ini.

K
ejadian kira-kira 8 pagi itu turut menimbulkan pelbagai persoalan berikutan tiada langsung kelibat pemandu atau penumpang MPV berkenaan.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Anuar Othman berkata, penduduk mengerumuni kenderaan itu selepas menyedari MPV berkenaan terbabas ke kiri jalan.

"Niat orang kampung adalah untuk membantu mangsa kemalangan yang kemungkinan cedera selepas kenderaan itu terbabas ke kiri jalan hingga menyebabkan MPV berkenaan mengalami kerosakan di bahagian depan dan belakang.

"Namun, mereka terkejut kerana yang berada di dalam kenderaan berkenaan bukan manusia tapi tiga ekor lembu yang disumbat di bahagian tempat duduk penumpang," katanya ketika dihubungi, di sini.

Beliau berkata, orang ramai yang melihat kejadian itu segera menghubungi polis sebelum kenderaan berkenaan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh, untuk tindakan lanjut.

"Polis akan menyiasat bagi mengenalpasti sama ada lembu berkenaan dicuri atau sebaliknya selain siasatan turut merangkumi jika ada pembabitan sindiket dalam kejadian itu," katanya.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.