Respek! Mahasiswa Non Muslim Lindungi Kawan dari Hujan Semasa Solat!

Kickbola.net
‪#‎perlis‬ Firdaus antara tiga penuntut Islam yang dilindungi rakan bukan beragama Islam daripada dibasahi hujan menggunakan kanvas khemah ketika menunaikan solat Zuhur dalam Kem Pembantu Pelajar Minggu Suaikenal (PPMS) di Kaki Bukit, Perlis pada Ahad lalu.
Mahasiswa Non Muslim Lindungi Teman dari Hujan Saat Salat

Pelajar Cina dan India sedang memayungi pelajar Islam yang sedang menunaikan solat dalam hujan renyai di Kem PPMS UniMAP. Syabas pelajar UniMAP

“Seumur hidup ini mungkin pengalaman paling memberi makna kepada kepada saya.

“Kita sendiri tahu zaman sekarang isu perkauman sangat sensitif, tetapi saya amat terharu ada rakan berlainan agama sanggup basah semata-mata mahu melindungi saya dan rakan lain solat dalam hujan,” itu kata Firdaus Zulkifli, 21, penuntut Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Firdaus antara tiga penuntut Islam yang dilindungi rakan bukan beragama Islam daripada dibasahi hujan menggunakan kanvas khemah ketika menunaikan solat Zuhur dalam Kem Pembantu Pelajar Minggu Suaikenal (PPMS) di Kaki Bukit, Perlis pada Ahad lalu.

Sekeping gambar yang menggambarkan tindakan empat sekawan berlainan agama itu menjadi viral hingga mendapat perhatian ramai pengguna laman sosial yang menyokong dan memuji semangat murni mereka itu membantu tanpa melihat kepada perbezaan agama.

Penuntut tahun ketiga jurusan Kejuruteraan Mekanikal itu berkata, dia menunaikan solat Zuhur jam 3 petang selepas menunggu giliran peserta lain selesai menunaikan solat masing-masing.


“Tempat solat dalam kem itu sangat sangat sempit hanya boleh memuatkan tiga orang saja, jadi kami bergilir-gilir solat.

“Ketika itu cuaca sudah mendung, saya dan dua rakan lain terus menunaikan solat sebelum perasan ada sesuatu melindungi kami daripada terus terkena rintik hujan yang turun.

“Selepas solat, barulah saya tahu rupanya ada rakan berlainan agama turut membantu kami bersama rakan Islam lain,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Bagi S Kanagarajah, 22, tindakan itu lahir atas perasaan tanggungjawab sesama insan memandangkan hujan lebat ketika itu.

“Pada ketika itu, saya hendak mengambil barang di kawasan wakaf dan berhenti menyertai dua rakan lain berbangsa Melayu dan Cina mengambil kanvas untuk memayung rakan kami yang sedang solat itu.

“Perkara ini memang tak dirancang, niat asal untuk lindungi mereka yang sedang solat daripada terkena hujan, tak sangka pula ia menjadi viral dalam laman sosial,” katanya.

Penuntut tahun dua kejuruteraan pembuatan Teh Yen Rhu, 22, berkata, sejak di bangku sekolah, dia sudah biasa bergaul dengan rakan berlainan bangsa dan agama yang mendorongnya membantu memayungkan rakan Islamnya itu.

“Saya anggap bantuan dihulurkan ini hanya kecil saja, berbanding persahabatan kami. Lagipun matlamat kem ini pun hendak memupuk kerjasama dan perpaduan antara kami,” katanya.

Sementara itu, Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) UniMAP Prof Madya Razli Ahmad menyifatkan tindakan sekumpulan penuntut berlainan agama melindungi rakan mereka sedang solat itu adalah satu contoh terpuji.

“Tindakan ini mungkin didorong kesedaran hubungan etnik antara mereka menyebabkan tanpa disuruh mereka sendiri terfikir untuk melindungi rakan mereka daripada terkena hujan.“Ini memang bersesuaian dengan slogan kami ‘UniMAP Juara Perpaduan’ yang mana banyak program dianjurkan tanpa mengira bangsa dan agama,” katanya.

“Bukan itu saja, dalam kelas mahupun asrama mereka sudah didedahkan semangat perpaduan dengan bergaul sesama mereka tanpa wujud perasaan perkauman,” katanya..

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.