Seram Penampakan Lembaga Misteri di Checkpoint Sandakan!
Seram Penampakan Lembaga Misteri di Checkpoint Sandakan !!
Kemalangan yang berlaku berdekatan Checkpoint Batu 32 Sandakan, Sabah mengundang seribu persoalan apabila kelibat makhluk yang tidak dikenali telah muncul semasa gambar diambil tanpa disedari.
Menurut saksi kejadian dikenali sebagai Jabbar yang melaporkan, ketika melalui jalan terbabit, beliau hanya mengambil gambar insiden kemalangan tersebut yang membabitkan sebuah lori treler terbalik dan tidak sama sekali menyangka terdapat satu objek pelik pada gambar terbabit.“Saya sedar ada ‘sesuatu’ hanya selepas saya meneliti balik gambar ni.” Lapor Jabbar kepada kami.
Kemunculan imej misteri terbabit menimbulkan rasa pelik dan seram kepada mereka yang melalui jalan tersebut.
“Inilah gambar yang saya dapat fresh-fresh dan hanya bulatan merah sahaja yang saya letakkan.” Ulas Jabbar.
Apa-apapun, semua yang berlaku atas kehendak Allah S.W.T.
Hanya Dia yang tahu apakah benda ini.
Wallahualam.
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date
Post a Comment