Pegawai Perubatan Hospital Pitas ditemui mati lemas di pantai Simpang Mengayau, Kudat

Misteri kehilangan Pegawai Perubatan Hospital Pitas yang baru bertugas selama dua minggu dilaporkan telah dijumpai. Menurut Fanz Dark, mangsa difahamkan lemas di kawasan simpang mengayau manakala keretanya berparking di Paul Tom Imbayan. Apa2 pun kita tunggu pengesahan sebenar dari pihak berwajib

klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Mayat Lelaki Ditemui di Tanjung Simpang Mengayau - Pegawai perubatan dipercayai mati lemas ditemui di pantai


KUDAT: Seorang pegawai perubatan yang baru bertugas di Hospital Pitas awal bulan ini, ditemui mati di tepi pantai dekat Simpang Mengayau, di sini, petang tadi.

Mayat Muhammad Nadhir Aziz, 27, berasal dari Shah Alam, Selangor, ditemui terdampar di tepi pantai terbabit oleh orang awam dipercayai akibat lemas pada jam 2 petang.

Difahamkan, mangsa pergi ke pantai peranginan dikenali sebagai 'Tip of Borneo' itu yang terletak kira-kira 150 kilometer dari Pitas dengan menaiki kereta Honda City miliknya pada Sabtu lalu.

Kali terakhir mangsa dapat dihubungi ialah jam 4.30 petang hari sama sebelum dia dilaporkan hilang dan tidak hadir bertugas menyebabkan pihak Hospital Pitas membuat laporan polis.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kudat, Asisten Superintendan Chung Tiaw Joon, berkata polis menerima panggilan mengenai penemuan mangsa pada jam 2.06 petang.


"Orang yang menemui mangsa kemudian memaklumkannya kepada anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di kawasan Simpang Mengayau, sebelum menghubungi polis.


"Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai mati lemas.

Picture
Muhammad Nadhir Aziz

Pemeriksaan awal di luaran badan mendapati tiada sebarang kesan kecederaan," katanya ketika dihubungi. Difahamkan, kenderaan mangsa ditemui di kawasan chalet berhampiran pantai berkenaan.


Tiaw Joon berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kudat untuk bedah siasat dan keluarganya sudah dimaklumkan mengenai kejadian itu.

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.