Sekolah Kebangsaan Bangau-Bangau dipukul ribut

Kickbola.net
Khabar dari SK Bangau-Bangau, Semporna. Akibat ribut kuat pada waktu subuh hari ini.
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



SK Bangau-Bangau dipukul ribut

Semporna: Seisi pembelajaran kira-kira 1,200 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Bangau-Bangau, di sini, terjejas berikutan beberapa blok bangunan sekolah betkenaan, rosak teruk akibat dilanda ribut, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 4.45 pagi itu, dua blok bangunan kelas rosak teruk pada bahagian bumbung yang tercabut akibat diterbangkan angin.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Datuk Jame Alip berkata, kejadian menyebabkan enam bilik darjah, pejabat pentadbiran, kantin serta stor buku teks terjejas.


"Berdasarkan laporan awal, kerosakan dianggarkan mencecah RM500,000 selain membabitkan 1,152 murid dan 60 guru serta lapan kakitangan pengurusan.

"Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan dilaporkan susulan kejadian itu kerana tiada sesiapa berada di sekolah ketika kejadian," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, kejadian disedari penduduk kampung sekitar jam 6 pagi tadi yang terkejut melihat bumbung berselerakan di kawasan sekitar sekolah berkenaan.



Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.