Penemuan Bangkai Pesawat MH370: Polis Filipina Bingung
Tiada Sebarang Tanda Penemuan bangkai Pesawat MH370 seperti didakwa di selatan Filipina
Pasukan keselamatan Filipina tidak mengesan apa-apa bangkai atau serpihan pesawat yang dikaitkan dengan MH370 selepas membuat tinjauan di kepulauan Tawi-Tawi, selatan Filipina berikutan dakwaan penemuan pesawat di kawasan itu.
Berdasarkan laporan akhbar Filipina, Inquirer.net, pasukan keselamatan negara itu menghantar sebuah bot tempur ke kepulauan berkenaan sejurus mendapat laporan berhubung penemuan pesawat itu semalam.Difahamkan, anggota keselamatan negara itu menemuramah penduduk dan nelayan di Pulau Sugbay tetapi mereka menyatakan tidak tahu apa-apa berhubung dakwaan berkenaan.
Komander Pasukan Petugas 61, Tentera Laut Filipina, Kapten Giovanni Carlo Bacordo, seperti dilaporkan Inquirer.net berkata, penduduk yang tinggal lama di pulau itu juga tidak tahu mengenai dakwaan berkenaan.
"Mereka terkejut apabila dimaklumkan mengenai bangkai pesawat berkenaan tetapi mereka mahu melihat laporan itu.
"Jika mahu memeriksa dengan teliti, ia memerlukan usaha keras. Ia adalah sebuah pulau yang besar dengan panjang 5.6 kilometer, ..tetapi kami sudah membuat siasatan awal dengan bertanya kepada penduduk," katanya.
Kelmarin, seorang penduduk di Sandakan, Jamil Omar, 46, membuat laporan polis berhubung dakwaan penemuan bangkai pesawat di Pulau Sugbay yang diceritakan ibu saudaranya, Siti Kayam Kisung, 57, dari selatan Filipina.
Siti Kayam membawa bendera Malaysia yang didakwa ditemui penduduk Pulau Sugbay di dalam bangkai pesawat berkenaan sebagai bukti berhubung penemuan terbabit.
Laporan sebelum ini turut menyebut mengenai penemuan rangka manusia dalam bangkai pesawat terbabit yang dijumpai penduduk Pulau Sugbay ketika memburu burung.
Kongsikan artikel ini:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date
Post a Comment