Pusat Membeli belah Suria Sabah memperkenalkan Beg Holdall terbesar di dunia!

Satu lagi sejarah dunia tercipta !!!! Apabila ‪#‎kolejkomuniti‬ Malaysia mencatatakan nama di dalam penghasilan "The Largest holdall bag" dan telah mendapat pengiktirafan Guinness World Records dengan menggunakan 2,984 helai kemeja terpakai. Beg ini mengambil masa selama 6 bulan untuk disiapkan bermula dari disember 2014 hingga Mei 2015. Diiktiraf oleh Guinness World Records sebagai beg terbesar di dunia Jun lalu dan Malaysia Book Of Records pada Mei 2015. Masuk percuma untuk semua pengunjung pusat membeli belah dan akan dipamerkan di Tingkat Bawah hari ini sehingga 15 November 2015 .

klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Beg ‘Holdall’ terbesar di dunia kini dipamerkan di Suria Sabah

KOTA KINABALU- Orang ramai yang ingin melihat sendiri beg ‘Holdall’ terbesar di dunia kini boleh mengunjungi pameran beg berkenaan di pusat beli-belah Suria Sabah.

Saiz beg berukuran 25 kaki panjang, 17 kaki 10 inci tinggi dan 9 kaki 11 inci lebar itu berjaya mendapat pengiktirafan dari World Guiness Record sebagai beg terbesar di dunia. Pengarah Urusan Pusat Latihan Kraftangan Epal, Fully Chye berkata tujuan pameran itu diadakan adalah untuk menunjukkan bukti kejayaan kekuatan semangat perpaduan daripada para peserta yang menyertai pembuatan beg berkenaan.

“Seramai 1,492 orang dari seluruh negara terlibat dalam menyiapkan beg yang besar ini dengan hanya mengambil masa enam bulan sahaja,” katanya dalam satu sidang media berkenaan pameran beg terbesar di dunia di pusat beli-belah Suria Sabah pada Sabtu.

Menurut beliau, perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia membuktikan Malaysia sebuah negara yang unik di mana rakyat berbilang kaum mampu menyiapkan bag terbesar itu. Katanya sekiranya hanya seorang sahaja yang berusaha untuk membuat beg berkenaan ia tidak dapat disiapkan dalam masa dua tahun. “Pameran ini juga menyampaikan mesej kepada orang ramai mengenai kepentingan dan kegunaan kitar semula.

“Beg yang besar ini disiapkan dengan hanya menggunakan pakaian-pakaian terpakai sahaja di mana setiap peserta menyumbangkan sebanyak dua helai kemeja,” ujarnya lagi. Selain itu pameran yang diadakan selama lapan hari bermula 8 November itu turut mempamerkan lebih 1,000 jenis produk pameran daripada lima katagori iaitu produk kitar semula, hiasan rumah, bag, produk R&D dan Patchwork.

Pameran berkenaan dibuka kepada orang ramai dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Sempena pameran itu beliau berharap agar para pengunjung pameran dapat memperolehi satu idea baharu dalam produk jahitan bagi membantu mereka menjana pendapatan sampingan.

Cadangan hebat berkenaan dicetuskan oleh Pusat Latihan Kraftangan Epal dan mendapat sokngan daripada ahli-ahli Persatuan Seni Jahitan Kreatif, 31 buah agensi kerajaan dan badan Bukan Kerajaan (Ngo).

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.