Pertanian di Kundasang sebahagian besarnya semakin dikuasai oleh pekerja asing-Masidi
KOTA KINABALU: Jangan amalkan sikap suka memilih pekerjaan kerana ia menyebabkan kita akan lebih bergantung kepada tenaga kerja asing, sebagai contohnya sektor pertanian di Kundasang sebahagian besarnya semakin dikuasai oleh pekerja asing.
Demikian ungkapan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Masidi Manjun ketika sidang media sempena perasmian pelancaran stesen radio Kupi-kupi fm di Souled Out Restaurant, Imago pagi tadi.“Jika kita terlalu bergantung terhadap pekerja asing, bersediakah kita mengambil alih kerja mereka jika pekerja asing ini berhenti secara mendadak dan kembali ke tempat asal mereka memandangkan 80% pekerja dalam sektor pertanian dan 70% pekerja dalam sektor pembinaan adalah pekerja asing,”katanya.
Berucap pada majlis tersebut beliau berharap agar kupi-kupi fm akan menjadi wadah sebagai penyampai dan memperlihatkan kepada masyarakat di malaysia bahawa Sabah merupakan negeri yang tinggi toleransinya dan yang terbaik di negara ini.
“Budaya di Sabah tidak mengamalkan apa agama dan apa bangsa tetapi kita semua adalah satu walaupun kaya dengan perbezaan dan itulah uniknya masyarakat di sini yang harus disebarkan agar masyarakat di luar sana juga turut mengamalkan budaya seperti ini,”katanya.
Beliau juga berharap agar stesen radio ini akan menjadi platfrom untuk memberikan inspirasi kepada golongan muda dengan pendedahan kepada maklumat-maklumat berguna.
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date
Post a Comment