Guru Pedalaman Sabah Menang Biasiswa Macmillan United Kingdom!

Penerima tunggal Malaysia Anugerah Biasiswa Macmillian Mohd Sirhajwan Idek berasal dari Kota Belud

klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



GURU SABAH MENANG BIASISWA MACMILLAN UNITED KINGDOM


Guru Kolej Vokasional Keningau Penerima tunggal Malaysia Anugerah Biasiswa Macmillian Mohd Sirhajwan Idek yang berasal dari Kota Belud!

Mohd Sirhajwan Idek, anak kelahiran Kota Belud, Sabah ini telah berjaya memenangi Biasiswa Macmillan untuk ke United Kingdom. Beliau telah mengharumkan nama Malaysia apabila berjaya menjadi salah seorang daripada 5 orang pemenang lain yang berasal dari Tunisia, Sepanyol dan dua lagi dari Rusia.

Beliau merupakan lepasan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan TESL dan Ijazah Sarjana Pendidikan TESL keluaran IPG Kampus Gaya dan UiTM Kampus Pendidikan Seksyen 17 Shah Alam (program berkembar).

Kejayaan beliau ini membuktikan bahawa guru-guru di Malaysia juga mampu bersaing di mata dunia megah berdiri seangkatan dengan guru-guru lain dari negara maju. Ianya telah memberi cetusan semangat kepada guru-guru lain khususnya guru-guru yang sedang berkhidmat di Sabah.

Beliau yang sedang mengikuti pengajian Ijazah Kedoktoran (PhD) dalam bidang pengajaran Bahasa Inggeris berharap agar kejayaan ini akan terus menyemarakkan semangat beliau untuk berkhidmat dengan lebih cemerlang kepada nusa dan bangsa.


Beliau merupakan antara pelajar terbaik UiTM pada Majlis Konvokesyen ke-75 dengan mendapat Anugerah Khas Naib Cancelor. Beliau juga pernah mengikuti program pertukaran pelajar (exchange students program) ke Australia selama 6 bulan ketika masih menuntut di UiTM kerana kecemerlangan beliau di dalam bidang pengkhususannya.


Hasil kajian teknik dan kaedah pengajaran dan pembelajaran unik yang telah beliau cipta ini banyak membantu beliau memenangi biasiswa tersebut.

Kami berharap agar segala usaha beliau ini akan lebih dihargai oleh setiap lapisan masyarakat khususnya para pegawai pentadbiran di dalam Kementerian Pendidikan sendiri.


Kejayaan beliau ini telah membuktikan bahawa sesiapa sahaja, tanpa mengira pangkat dan kedudukan di dalam kementerian mampu mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.

Tahniah kami ucapkan. Semoga Mohd Sirhajwan Idek akan terus sukses di masa hadapan.

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.