MH370

Terkini
.

Kemalangan Maut Trak tentera terbalik di Jalan Telupid-Ranau

Kemalangan maut sekitar 11:30pagi di Jalan ranau-telupid. 2 anggota tentera maut, manakala 5 parah selepas trak dinaiki mereka terbalik di Jalan Telupid-Ranau, pagi tadi.
Trak tentera terbalik,2 anggota maut 5 parah

Dua anggota tentera maut, manakala lima parah selepas trak dinaiki mereka terbalik di Jalan Telupid-Ranau, kira-kira 50 kilometer dari pekan Ranau, dekat sini pagi tadi.

Dalam kejadian itu kira-kira jam 11.30 pagi, trak berkenaan yang membawa 26 anggota, termasuk pemandu dan pegawai pengiring dipercayai terbabas lalu terbalik di tepi jalan berkenaan.

Difahamkan, semua anggota tentera dari Kem Sri Kinabatangan di Sandakan itu dalam perjalanan ke Telupid.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, ketika dihubungi, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 11.39 pagi sebelum menghantar sepasukan anggota ke lokasi.

"Sebaik tiba di lokasi pada jam 12.42 tengah hari, semua mangsa sudah dihantar ke hospital menggunakan kenderaan orang awam dan ambulans," katanya.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Mohd Farhan Lee Abdullah, ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

------------
Assalamualaikum YBhg Panglima, Maklumat Punca Kejadian Anggota 22 RAMD - Kes Kemalangan Jalan Raya Melibatkan Kenderaan Tentera

1. No, Pkt & Nama:

a. 1132631 Sjn Sahrul Zaman bin Adnan (Pengurus)
b. 1159824 Lkpl Mohd Noorrasyid bin Ahmad (VM)
c. 1162555 Lkpl Mohd Idrus bin Jamil
d. 1169894 Pbt Abdul Mutalib bin Yahya
e. 1173451 Pbt Rosli bin Rosni (Pemandu)
f. 1174032 Pbt Azfazrul bin Alias
g. 1174393 Pbt Azharolnizam bin Aminuddin
h. 1174570 Pbt Mohd Alif bin Jahya
i. 1175009 Pbt Mohamad Azizul bin Zakaria
j. 1175082 Pbt Tuan Nazri bin Tuan Mat
k. 1176468 Pbt Mohd Izzuddin bin Mohd Isa
l. 1176682 Pbt Muhammad Hafizul bin Muhd Noor
m. 1176763 Pbt Muhammad Afiq Aizuddin bin Zulkefli
n. 1176978 Pbt Muhammad Muzammir bin Rosli
o. 1177348 Pbt Tuan Amirul Izat bin Tuan Rosdi
p. 1177665 Pbt Shahril Afizat bin Mohamad
q. 1177695 Pbt Amirul Aizad bin Amin
r. 1178733 Pbt Mohamad Hamizan bin Alias
s. 1182890 Pbt Farhan Azmir bin Khairul Azhar
t. 1183696 Pbt Muhammad Arif bin Budin
u. 1183034 Pbt Mohammad Naim bin Ramli
v. 1183566 Pbt Che Famizan bin Che Yasin
w. 1183625 Pbt Mohamad Zaim bin Salhudin
x. 1183781 Pbt Wan Aliff bin Wan Aziz
y. 1184117 Pbt Mohd Fuad bin Mahmood
z. 1169300 Lkpl Mohd Sofian bin Hasim


2.. Butir-butir Peribadi: (Akan di sediakan kemudian)

3. Lokasi kemalangan: Jalan ke Ranau sebelum sampai jambatan, 40km dari pekan ranau.

4. Jenis kenderaan: 1x 3ton no plat ZC 2193


6. Ringkasan Kejadian.

a. Pada 131151h Mac 2016, DO menerima panggilan daripada kerani markas batalion memaklumkan 1x 3ton membawa 22x anggota tim pemilihan olahraga 22 RAMD , 1x pengurus berpangkat sjn, 1x anggota melapor tugas pesuruh GOC TF 450 bersama 1x pemandu dan 1x VM terlibat kemalangan di jalan Telupid ke Ranau lebih kurang 40km ke Pekan Ranau. Seramai 22x anggota telah berada di Hosp Ranau manakala 4x anggota masih berada di lokasi kejadian.

b. Lokasi kemalangan di jalan Telupid ke Ranau , 40km menuju ke Pekan Ranau.

c. Keadaan cuaca semasa kejadian: Cerah dan jalan kering.

d. Keadaan semasa anggota:

(1) 22 x anggota berada di Hosp Ranau. 4 daripadanya di kuatiri patah kaki 1x anggota berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dan selebihnya mengalami luka diseluruhan badan.


e. Kemalangan tidak melibatkan sebarang kenderaan awam.


f. Kronologi kejadian.Kenderaan bergerak keluar dari Kem Sri Kinabatangan pada jam 0840H. Membawa 26 (22 x Pemilihan Olahraga, 1 x Pengurus, 1 x Pesuruh Taskforce, 1 xVM dan 1 x Pmd). Tiba di tempat kejadian iaitu 40km sebelum sampai ke Ranau, kenderaan yang sedang menuruni bukit tidak dapat diperlahankan setelah brek ditekan. Pemandu telah memusingkan stereng sedikit ke sebelah kanan dan cuba sekali lagi menekan brek tetapi masih tidak berjaya memperlahankan kenderaan tersebut. Seterunya, pmd telah memusingkan stereng ke sebelah kiri mengakibatkan kenderaan menjadi tidak stabil dan terus terbalik.



Untuk makluman Tuan,

anak kepada Kpl. 83xxx Salahudin bin Idris iaitu Mohd Zaim Bin Salhudin telah meninggal dunia tengahari tadi yang bertugas sebagai tentera di Sabah akibat kemalangan di Sandakan Sabah..Jenazah akan dibawa balik ke rumahnya di No. 8, Jalan Sg Kapar Indah A1/KU7, Taman Sg.kapar indah pada 14/03/2016.


Butir-butir si mati :-

Nama : Mohamad Zaim bin Salhudin
No. Tentera : PBT 1183625
Umur : 20 tahun

Alamat tempat kerja :
Batalion ke 22 RAMD, Kem Sri Kinabatangan, 90000 Sandakan, Sabah.


Sekian utk maklumat YBhg Panglima. Sebarang maklumat terkini Anggota tersebut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Kemalangan Maut Trak tentera terbalik di Jalan Telupid-Ranau Reviewed by admin Ucop on 9:51 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sabahup2date © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.