Sabah FA bakal berubah wajah dengan pemain import baru

Sang Badak bakal berubah wajah. Pemain yang pernah beraksi bersama Santos (Kelab Neymar) di Brazil serta kelab liga super Oman, Al-Musannah, itu mempamerkan corak permainan bertenaga dengan skil individu yang memukau. ‪

Sabahrhinos bakal berubah wajah

Sang Badak kemungkinan berubah wajah selepas beberapa pemain luar, termasuk pemain import, hadir dalam sesi pemilihan di Stadium Likas, malam kelmarin.

P
erkara itu juga bakal membuatkan pemain sedia ada ‘tidak lena tidur’, terutama pemain import, dengan tiga pemain luar negara dilihat berjuang merebut tempat dalam sesi pemilihan berkenaan.

Empat pemain import yang beraksi untuk Sabah ketika ini ialah Igor Cerina, Marco Tulio Lopes Silva, Dedi Kusnandar dan Prince Nnake Tochukwu.

Difahamkan, beberapa lagi pemain import akan turut datang ke Kota Kinabalu minggu depan untuk mencuba nasib.

Terdahulu, tiga pemain import yang hadir semalam ialah pemain tengah dari Brazil, Everton Souza Santos, 32, dan dua penyerang, Joel Omari Tshibamba, 28, dari Belanda serta Milan Culum, 32, dari Serbia.


Daripada tiga pemain itu, Everton dilihat berjaya mencuri tumpuan pihak pengurusan serta peminat yang hadir menyaksikan sesi pemilihan itu.

Beraksi di bahagian tengah, pemain yang pernah beraksi bersama Santos di Brazil serta kelab liga super Oman, Al-Musannah, itu mempamerkan corak permainan bertenaga dengan skil individu yang memukau.

Bagaimanapun, ia bukanlah jaminan dia akan mendapat tempat dalam skuad kendalian Vjeran Simunic itu kerana sesi pemilihan akan diteruskan sehinggalah kesemua pemain import yang hadir diuji.






Sementara itu, pengurus pasukan, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, ketika ditemui berkata pihaknya akan melakukan rombakan dalam pasukan dengan pemain yang gagal mempamerkan aksi memuaskan, diganti dengan pemain yang lebih baik.

“Kami mengambil peluang cuti rehat panjang ini untuk mencari pemain yang lebih baik. Kami tidak pasti berapa orang yang akan diganti, namun jika ada pemain lebih baik, kami akan serapkan dia untuk menggantikan pemain yang kurang memuaskan.

“Selain itu, lebih lima pemain luar negara juga akan datang ke Kota Kinabalu untuk mencuba nasib, termasuk pemain yang telah kami kenal pasti profil mereka,” katanya sambil menambah pihaknya akan mengambil peluang melakukan penggantian pemain apabila jendela pemindahan pemain dibuka, dari 20 Jun hingga 15 Julai depan.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, pihaknya juga telah merancang beberapa perlawanan persahabatan sebagai persiapan untuk menghadapi baki saingan liga yang hanya akan bersambung pada 15 Julai.


“Kami telah mengenal pasti beberapa pasukan, sama ada pasukan tempatan, pasukan di Semenanjung atau dari luar Sabah.

“Pasukan Sabah akan memanfaatkan sebaik-baiknya cuti rehat panjang ini untuk memperbaiki setiap kelemahan yang ada,” katanya.

Sabah kini berada di kedudukan ke-9 liga selepas mengutip 11 mata hasil tiga kemenangan, dua seri dan tujuh kekalahan.


Selain tidak layak beraksi dalam Piala Malaysia musim ini di samping kini bergelut untuk menjarakkan diri daripada zon penyingkiran dengan Sime Darby FC yang kini di tangga kedua tercorot hanya ketinggalan empat mata.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.