Stuart Wark kini sah milik Sabah FA

Kickbola.netSTUART Wark menandatangani kontrak selama enam bulan bersama Sabah.
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Stuart Wark dari JDT II ke Sabah

Bekas pemain naturalisasi JDT II sertai Sabah

Bekas pemain naturalisasi Johor Darul Ta'zim II (JDT II), Stuart Wark, 27, menjadi pemain terbaharu diikat Sabah. Pemain kacukan Scotland dan Malaysia itu dikatakan menandatangani kontrak selama enam bulan bersama Sabah, di pejabat Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA), di sini, semalam.


Beliau yang berusia 26 tahun, bermain di posisi tengah pernah menyertai kelab Albany Creek Excelsior FC yang bermain dalam Liga Premier Brisbane di Australia.


Kehadiran Stuart yang turut meledak dua gol untuk Sabah pada aksi persahabatan bertemu pasukan Liga Super, Terengganu FC II (TFCII) , di Terengganu, baru-baru ini, dijangka bakal memperkuat bahagian serangan pasukan Sang Badak dalam mengharungi baki saingan liga musim ini.


Stuart menjadi pemain kedua diikat Sabah ketika jendela perpindahan pemain dibuka, setakat ini, dengan seorang lagi ialah pemain tengah dari Brazil, Everton Souza Santos.


Selain pernah beraksi bersama JDT II, Stuart juga memiliki pengalaman bermain di liga Scotland, Australia serta Amerika Syarikat.


Dalam perkembangan lain, seorang lagi penyerang import, Muamer Salibasic, dikatakan hampir pasti mengikat kontrak bersama pasukan terbabit. Pemain kelahiran Bosnia Herzegovina itu dikatakan sudah bersetuju dengan SAFA dan kini hanya menunggu laporan perubatan sebelum menandatangani kontrak.



Keputusan itu dijangka memberi tamparan hebat buat penyerang dari Nigeria, Prince Nnake Tochukwu, yang menghadapi kemungkinan disingkirkan daripada skuad Badak. Selain Prince Nnake, dua lagi pemain import Sabah yang masih kekal, setakat ini, ialah pertahanan dari Croatia, Igor Cerina, serta pemain tengah Indonesia, Dedi Kusnandar.

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

Previous Post Next Post