[Video] Melampau! Pelajar Sekolah Agama Dibuli, Dipukul Dengan Kerusi Plastik

Picture
#PDRM Aksi ala ganster itu berterusan apabila pembuli terus menarik baju mangsa, mencekik lehernya, menampar muka serta menolak mangsa ke lantai, meskipun jelas kelihatan mangsa tidak langsung melawan.
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)




“SUBHANALLAH”, demikian ungkapan yang kedengaran di dalam sebuah rakaman video yang memaparkan insiden seorang pelajar ditumbuk bertubi-tubi, selain mangsa dipukul menggunakan kerusi plastik dalam kejadian kes buli dipercayai berlaku di sebuah sekolah agama.

Rakaman berdurasi 2 minit 28 saat yang dimuat naik di laman Facebook Teguh Mikrama Putra 17 jam lalu menunjukkan seorang pelajar lelaki ala samseng bertindak memukul seorang pelajar lain di dalam sebuah bilik darjah sambil diperhatikan oleh rakan-rakan sekelas mereka.

Menerusi video tersebut, mangsa yang terbaring di atas lantai akibat dipukul dilihat cuba bangun dan mengambil songkok miliknya, sementara si pembuli dilihat berdiri di hadapannya.

Bagaimanapun, pembuli dilihat masih tidak berpuas hati apabila mangsa cuba untuk beredar dari situ, sebelum dia bertindak menumbuk bertubi-tubi dibahagian muka dan kepala mangsa mengakibat mangsa terjatuh ke lantai.

Tidak cukup dengan itu, suspek terus mengambil sebuah kerusi plastik lalu memukul mangsa dengan kuat. Kedengaran suara murid lain menjerit selepas melihat tindakan si pembuli melempar kerusi pada mangsa.

Aksi ala ganster itu berterusan apabila pembuli terus menarik baju mangsa, mencekik lehernya, menampar muka serta menolak mangsa ke lantai, meskipun jelas kelihatan mangsa tidak langsung melawan.

Tidak puas dengan itu, pelajar tersebut yang seolah ‘dirasuk hantu’ turut menengking murid-murid lain yang hanya melihat insiden tersebut.

Kejadian didakwa berlaku di sebuah Sekolah Agama Putatan, Sabah.



Video berkenaan sehingga kini dikongsi lebih 20,000 pengguna Facebook. Rata-rata pengguna Facebook mengecam tindakan pelajar berkenaan, selain menggesa polis dan pihak berwajib menyiasat insiden tersebut.

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

Previous Post Next Post