Wajah seiras Manny Pacquiao
KENINGAU 2 Nov. – Aloysius Taidin, 43, hanyalah seorang penoreh getah dengan pendapatan kira-kira RM40 sehari, namun setiap kali berjalan di bandar Keningau dan Kota Kinabalu, pasti ada orang datang menegur serta mahu bergambar dengannya.
Seolah-olah selebriti yang mendapat tumpuan awam, populariti dimiliki lelaki Dusun dari Kampung Kabatang Baru itu bukan disebabkan oleh bakat nyanyian atau lakonan, sebaliknya disebabkan wajahnya dikatakan seiras dengan peninju legenda Filipina, Manny Pacquiao.Aloysius yang memeluk Islam ketika mengahwini isterinya, Siti Faridah Sulaiman, 30, mempunyai senyuman, bentuk wajah, gaya rambut, misai serta janggut mirip Pacquiao, menyebabkan orang ramai sering tersalah anggap dia adalah juara tinju itu.
Aloysius berkata, dia mula menyedari wajahnya seiras Pacquiao beberapa tahun lalu ketika seorang lelaki Filipina yang kebetulan sedang menonton pertarungan peninju tersebut di sebuah restoran menghampirinya.
“Pada tahun 2010, saya sedang menonton pertarungan membabitkan Pacquiao di sebuah restoran dan selepas perlawanan tamat ada seorang lelaki yang baru sampai dari Singapura tiba-tiba datang ke meja saya.
“Lelaki tersebut cakap muka saya betul-betul seiras dengan Pacquiao. Pada mulanya saya tidak percaya kerana itu adalah pertama kali saya menonton pertarungan membabitkan Pacquiao tetapi apabila pulang ke rumah dan melihat cermin, barulah saya perasan apa yang lelaki itu cakap memang betul,” katanya yang sejak itu mula meminati peninju dan juga Senator Filipina itu.
Manny Pacquiao menghadiri taklimat menanam lada hitam baru2 ini di
Nabawan/Sook anjuran PLAS, Persatuan Penanam dan Pengusaha Lada Hitam
Sabah. Dia nda mo boxing sudah 😅😅😅😅
Selain orang ramai mahu bergambar dengannya, menurut Aloysius, dia terkejut apabila ada beberapa individu yang merakam gambarnya secara senyap-senyap untuk dimasukkan ke dalam Facebook sehingga menjadi topik hangat di laman sosial itu.
Secara peribadi katanya, dia berasa bertuah memiliki wajah tersebut dan mengimpikan suatu hari nanti untuk bersua muka dengan Pacquiao.
“Orang cakap di dunia ini ada tujuh individu yang seiras jadi pasti seronok kalau dapat berjumpa salah seorang daripadanya apatah lagi jika dia adalah selebriti terkemuka dunia.
“Tapi itu cuma impian saya mungkin kalau ada orang bantu bolehlah. Sekarang saya cuma fokus bekerja setiap hari untuk menyara anak-anak dan isteri saya yang sedang mengandung lapan bulan,” kata bapa kepada tiga anak itu.
Kongsikan artikel ini:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date
Post a Comment