Matlan Marjan bebas!

Tahniah Presiden FAM. Sebab berjaya meleraikan kekusutan bekas pemain Sabah, Matlan Marjan lepas ini bolehlah jadi jurulatih negeri, bro. Tahniah! ini merupakan kunjungan presiden FAM yang pertama ke Sabah semenjak hampir 25 tahun lepas.
Matlan Marjan 'The Legend of Sabah Football'

Bekas pemain kebangsaan Matlan Marjan dan rakan-rakan senasibnya kini mendapat kebebasan untuk kembali terlibat dalam bola sepak negara.

Perkara itu disahkan oleh Presiden FAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini.

Dalam sesi bertemu penyokong bola sepak di Sabah, Tunku Mahkota Johor itu ditanya mengenai nasib Matlan dan rakan-rakan bekas pemain dari Sabah.

TUNKU Ismail Sultan Ibrahim (kanan) ketika sidang media selepas Mesyuarat Exco Pertama Penggal 2017-2021 di bilik mesyuarat Hotel Magellan Sutera, Kota Kinabalu.- Foto Malai Rosmah Tuah

"Buat masa ini tadi kita telah membangkitkan isu tersebut dalam mesyuarat exco FAM untuk melepaskan mereka dan itu status semasa mereka buat masa ini.

"Ya, mereka boleh terlibat," itulah penegasan Tunku Ismail.

 

Terdahulu, Matlan antara bekas pemain yang digantung seumur hidup oleh badan induk bola sepak kerana terlibat dalam skandal rasuah pada 1990-an.

Lima lagi pemain Sabah yang turut menerima nasib seperti Matlan ialah Matusin Bowie, Junaidy Tuah, Gerald Mojiliu, G Raveychandran dan Charles Tindi.

Pada 9 Mei tahun lalu, FAM memberi pengampunan kepada 78 bekas pemain yang terlibat dalam skandal itu.

Bagaimanapun, mereka berenam terkecuali daripada pengampunan tersebut.

Sementara itu, Matlan ketika dihubungi berkata, dia dimaklumkan Persatuan Bola Sepak Sabah ada menghantar afidavit kepada FAM minggu lalu.

"Saya terharu kerana Sabah masih perlukan khidmat saya selama dalam 'pembuangan' ini.

"Diharap kesabaran ini ada penghujung yang baik," katanya yang enggan mengulas lanjut susulan belum mendapat kepastian sendiri mengenai keputusan FAM itu.


Tunku Ismail hari ini hadir ke Negeri di Bawah Bayu itu bagi mempengerusikan mesyuarat exco FAM pertama selepas beliau dilantik menerajui badan induk bola sepak negara.

Post a Comment

Previous Post Next Post