Padah sembarang Memotong di Jalan Kundasang-Ranau

Bahaya betul ni dia bawa kereta - Akhirnya Bertembung
Akibat memotong di garisan berkembar di Jalan Kundasang-Ranau

Melalui maklumat yang tersebar di media sosial, kejadian ini dipercayai berlaku di Jalan Kundasang-Ranau sekitar jam 9.20 pagi.

Dua buah kenderaan jenis Pacuan empat bertembung akibat percubaan sebuah kenderaan memotong lori panjang pada garisan berkembar tidak sempat kerana secara tiba-tiba datang sebuah kereta dari arah bertentangan muncul dan masing-masing tidak sempat untuk mengelak.



Tonton Video di atas.


LAPORAN KEMALANGAN MELIBATKAN SEBUAH M/KAR FORTUNER DAN SEBUAH PACUAN EMPAT RODA.


Maklumat Ranau Trafik Repot: 549/17



Tarikh dan masa Kejadian:
16/11/2017 @ Lebih kurang 0935 hrs.

Lokasi kejadian:
Km 3 Jalan Ranau-Tamparuli

Kenderaan Terlibat:

1. M/kar ( A1 )
No pend: SAB 7900 V
Jenis : Isuzu MUX

2. M/kar ( B1 )
No pend: SAB 8535 W
Jenis : Double cab Ford

Pemandu ( A1 ) : Lelaki
Umur : 35 Tahun
Alamat : Kampung Marakau,Ranau.
Kecederaan : Tiada

Pemandu ( B1 ) : pelancong China
Alamat: China
Kecederaan : Tiada

Siasatan Ditempat kejadian: Telah dijalankan oleh AIO Sjn Julius.

Keterangan ringkasan kes:

Hasil siasatan awal yang dijalankan kemalangan berlaku apabila Kenderaan B1 ini dalam perjalanan daripada Kota Kinabalu menghala ke Telupid telah memotong sebuah M/lori yang berada di hadapan.


Apabila sampai di tempat kejadian, kenderaan B1 ini tidak lepas untuk memotong dan pada masa yang sama datang sebuah Kenderaan A1 dari arah bertantangan iaitu daripada Telupid 

Menghala ke Kota Kinabalu lalu bertembung di laluan A1. 

Tiada sebarang kecederaan yang berlaku, Hanya kerosakan kenderaan sahaja.

 Keadaan Jalan :
Jalan Selekoh , Garisan putih berkembar dan keadaan cuaca baik, tidak hujan.

 Punca Kemalangan :
Kemalangan berpunca daripada pemandu Kenderaan B1 Li Song yang telah memotong di garisan berkembar , selekoh dan dalam memotong secara berbahaya.

 Siasatan Kes : Rule 6(1) LN 166/59 APJ 198
7

3 Comments

  1. Memang sangat bahaya..berhati2 memandu..jadilah antara yag benar2 berhemah

    ReplyDelete
  2. Ingat,ah org tersayang...nyawa org lain...huhu..

    ReplyDelete
  3. datang baca infor ini lagi..kemarin saya dapat vedio kejadian..tak sayang nywa ke tu..moga kita dapat iktibar dari kejadian ini

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post