Pelancong warga Korea Selatan ditemui lemas di Kampung Gayang

Picture
Mayat Pelancong Korea Hanyut Ditemui Nelayan - Pasukan penyelamat menenangkan seorang pelancong Korea yang sedih selepas melihat mayat rakannya yang lemas.
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Seorang pelancong warga Korea Selatan yang dilaporkan hilang ketika mandi laut bersama dua rakannya di pusat peranginan Karambunai, di sini, Jumaat lalu, ditemui lemas, pagi tadi.

Mayat Kyeong Young An, 18, ditemui nelayan pada jam 6.30 pagi di perairan Kampung Gayang, kira-kira empat kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

Penyelia Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Mohd Hasbi Hajat, berkata susulan penemuan itu, penduduk melaporkannya kepada pihak bomba untuk tindakan segera.

Beliau berkata, sepasukan bomba yang dikerah ke lokasi kejadian berjaya menaikkan mayat mangsa yang masih terapung sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Rakan mangsa yang masih berada di negara ini turut dimaklumkan mengenai penemuan itu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang Jumaat lalu, mangsa dikatakan mandi bersama dua rakannya sebelum hanyut ke tengah laut.

Susulan itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) segera dilancarkan, namun kemudian terpaksa ditangguh berikutan keadaan gelap.


Operasi disambung semula jam 7 pagi semalam membabitkan 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu dengan dibantu Pasukan Penyelamat Di Air.

Operasi itu turut dibantu pihak polis dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia membabitkan jarak pencarian sejauh kira-kira 25 hingga 30 meter dari lokasi mangsa dipercayai tenggelam, namun masih gagal ditemui.


Mayat seorang pelancong warga Korea Selatan yang hanyut ketika mandi di Borneo Beach Villa, Karambunai Sepanggar ditemukan pagi ini.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah dalam kenyataan memaklumkan mangsa Kyeoung Young An, 18, dijumpai kira-kira 7.06 pagi oleh nelayan.

“Dalam kejadian pada Jumaat lepas, mangsa bersama rakan-rakannya melakukan aktiviti mandi sebelum hanyut ke tengah laut,” menurut kenyataan itu.

Pihak bomba menerima panggilan kecemasan melalui MERS999 pada 4.17 petang sebelum Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu bergerak ke lokasi kejadian sejauh 29 kilometer.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

– BERNAMA

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

Previous Post Next Post