Kapten Sabah Rawilson Batuil Pemain Terbaik Liga Premier Mei 2019!

KENYATAAN MEDIA PFA MALAYSIA MENGENAI MAJLIS PENYERAHAN ANUGERAH PEMAIN TERBAIK LIGA PREMIER PFAM-asiana.my EDISI MEI 2019
klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt)



Rawilson Batuil Pemain Terbaik Liga Premier PFAM-asiana.my Edisi Mei 2019.

Bukan sahaja Sabah kini bergelar juara Liga Premier 2019, kapten pasukan dan pemain pertahanan skuad Tambadau turut dinobatkan selaku penerima Anugerah Pemain Terbaik Liga Premier Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) – asiana.my – All Sports Images And News Agency bagi edisi Mei 2019.

Anugerah tersebut disampaikan sendiri oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA), YB Datuk Peter Anthony bersama-sama Ketua Pegawai Eksekutif PFAM, Izham Ismail dalam satu majlis ringkas yang diadakan sebelum sepak mula perlawanan menentang UiTM FC di Stadium UiTM, Shah Alam pada malam tadi.


Rawilson yang cemerlang bersama pasukan Sabah sepanjang musim ini kemudiannya membantu Sabah menewaskan UiTM FC 2-1, untuk mengesahkan kejuaraan Liga Premier 2019.

Mengulas mengenai anugerah yang diterimanya itu, Rawilson dipetik sebagai berkata:

“Saya mengucapkan terima kasih terutama kepada para penyokong yang sentiasa memberikan sokongan dan dalam pada masa yang sama menterjemahkan sokongan tersebut kepada undian,” ujar beliau.

“Tidak dilupakan juga kepada ahli keluarga, pihak pengurusan dan rakan-rakan sepasukan yang memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi. Tanpa mereka tidak mungkin pengiktirafan ini dapat direalisasikan.”

Empat pemain lain yang dicalonkan untuk anugerah bagi bulan Mei ialah Sergio Aguero (Pulau Pinang), Igor Luiz (Negeri Sembilan), Kang Seung-Jo (Pulau Pinang), Lee Chang Hon (PDRM FA).

Rawilson adalah satu-satunya pemain tempatan yang tersenarai untuk anugerah tersebut, sebelum dipilih sebagai pemenang setelah menerima 67.93% dari keseluruhan undi.

Rawilson juga adalah pemain kelima dari Sabah FA yang menerima anugerah yang sama pada musim ini, setelah Robson Rendy Rining (Februari 2018), Hector Omar Ramos Lebron (Jun 2018), Luka Milunović (Februari 2019) dan Luiz Junior (Mac 2019).


Pemain pasukan Sabah Football Association, Rawilson Batuil dipilih sebagai penerima Anugerah Pemain Terbaik Liga Premier Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) - asiana.my - All Sports Images And News Agency bagi edisi Mei 2019.

Anugerah itu disampaikan oleh Presiden SAFA, YB Datuk Peter Anthony dan Ketua Pegawai Eksekutif PFAM, Izham Ismail dalam satu majlis ringkas sebelum perlawanan Liga Premier antara UiTM FC dan Sabah di Stadium UiTM, Shah Alam hari ini.



Rawilson yang ditemui selepas majlis penyerahan tersebut nyata gembira dan akan menjadikan pengiktirafan ini sebagai batu loncatan untuk terus maju dalam karier bola sepak.


"Saya mengucapkan terima kasih terutama kepada para penyokong yang sentiasa memberikan sokongan dan dalam pada masa yang sama menterjemahkan sokongan tersebut kepada undian"

"Tidak dilupakan juga kepada ahli keluarga, pihak pengurusan dan rakan-rakan sepasukan yang memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi. Tanpa mereka tidak mungkin pengiktirafan ini dapat direalisasikan"

Rawilson menerima undian tertinggi sebanyak 67.93% (5,275 Undi) mengalahkan empat calon lain iaitu Sergio Aguero dari Penang FA (11.36% - 966 Undi), Igor Luiz dari Negeri Sembilan FA (11.36% - 882 Undi), Kang Seung-Jo dari Penang FA (6.93% - 538 Undi) dan Lee Chang Hoon dari PDRM FA (1.34 - 104 Undi)

Untuk rekod, beliau merupakan pemain kelima dari pasukan Sabah FA yang berjaya memenangi anugerah ini selepas Robson Rendy Rining (Februari 2018), Hector Omar Ramos Lebron (Jun 2018), Luka Milunović (Februari 2019) dan Luiz Junior (Mac 2019).

Sebagai pemenang, beliau menerima sebuah Trofi dan sebingkai gambar sumbangan asiana.my, wang tunai berjumlah RM500, jersi khas tajaan Great Heights dan gel sukan aktif tajaan Maselfix.


Undian dibuat melalui pautan khas yang disediakan dan para pengundi boleh membuat undian melalui desktop, laptop, telefon pintar, atau tablet dan boleh menggunakan semua jenis pelayar (browser). Undian akan dibuka selama sepuluh hari untuk peminat-peminat bolasepak mengundi calon kegemaran mereka. Tahniah Rawilson!

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.