Lihat Foto-foto Baru Perkahwinan Bintang The Flash' Grant Gustin & LA Thoma di Kolopis, Penampang

Lihat Foto-foto Baru 'The Flash' Star Grant Gustin & Perkahwinan Kadazan LA Thoma di Kolopis, Penampang | Imej dari Fahad Nasir & Yusuf Ahmad Photography Video By Bryan Kouju Studio

klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



𝗠𝗮𝗷𝗹𝗶𝘀 𝗽𝗲𝗿𝗸𝗮𝗵𝘄𝗶𝗻𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗿𝗶𝗮𝗵 𝗽𝗲𝗹𝗮𝗸𝗼𝗻 𝘁𝗲𝗿𝗸𝗲𝗻𝗮𝗹 𝗛𝗼𝗹𝗹𝘆𝘄𝗼𝗼𝗱, 𝗯𝗲𝗿𝗹𝗮𝗻𝗴𝘀𝘂𝗻𝗴 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗮𝗱𝗮𝘁 𝗯𝘂𝗱𝗮𝘆𝗮 𝘁𝗲𝗺𝗽𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗱𝗶 𝗦𝗮𝗯𝗮𝗵, 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮. Akhirnya...Pelakon The Flash Kongsi Gambar Perkahwinannya Dengan Wanita Sabah!

Pelakon siri TV The Flash, Thomas Grant Gustin, 27 telah mengahwini tunangnya, wanita berasal dari Sabah, Andrea Thoma, 29 pada 15 Disember lalu.

Beliau kini telahpun berkahwin dengan seorang wanita keturunan Kadazan.

Picture
Siapa yang tahu The Flash (series), pasti kenal watak utamanya ini iaitu Grant Gustin.

Majlis perkahwinan mereka berlangsung di Kampung Kolopis, Penampang di Sabah dalam adat istiadat masyarakat Kadazan dengan begitu meriah.


Majlis perkahwinan mereka mendapat liputan media global dan pada masa yang sama mempromosikan kepelbagaian budaya masyarakat di negara Malaysia.

Sejak berita pertunangannya dengan gadis Sabah menjadi bualan, pergerakan bintang siri The Flash iaitu Grant Gustin, 27, terus menjadi tumpuan.

Rakyat Malaysia begitu teruja sebaik dia mengumumkan sudah bertunang dengan Andrea Thoma, 29, gadis kacukan Amerika Syarikat -Kadazan pada April tahun lalu.

Terbaru, Grant meluang­kan masa untuk melawat kampung halaman ibu Andrea di Kolopis, Penampang, Sabah bagi melangsungkan upacara perkahwinan secara tertutup.

Ternyata, sekali lagi Internet dibanjiri cerita pasangan itu.


“Kami mengadakan upacara simbolik mengikut tradisi Kadazan bagi menghormati nenek moyang LA. Kami sa­ngat gembira di Sabah,” katanya.



Grant dan tunangnya menjadi perbualan hangat pada 18 Disember lalu sebaik pelakon terbabit memuat naik foto pertamanya berada di Kota Kinabalu, Sabah.


Ia sekali gus membuat­kan media sosial dibanjiri dengan cerita mereka dan mengucapkan selamat datang buat mereka.


Bukan sehari dua, pasangan ini mengambil masa berminggu-minggu untuk memanfaatkan kunjungan kali ini apatah lagi keluarga Andrea masih ramai di sini.


Mereka dilihat menghabiskan masa dengan menghadiri majlis keramaian di rumah sanak-saudara.


Di kesempatan itu, pasangan terbabit tidak ketinggalan melakukan upacara tradisi kaum Kadazan yang berlangsung di rumah keluarga Andrea yang turut dihadiri rakan karib Grant.


Kunjungan itu tidak lain adalah bertujuan untuk mengeratkan ikatan kekeluargaan selain tidak melupakan asal-usul.


Pelakon itu juga kini mula mengikut tradisi berkenaan.


Selepas seminggu melangsungkan perkahwinan, Grant akhirnya berkongsi gambar yang diambil sekitar majlis perkahwinan mereka menerusi akaun Instagram miliknya pada malam tadi.


"12.15.18" tulisnya ringkas di ruangan kapsyen menunjukkan tarikh perkahwinannya.


Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut Grant mengucapkan tahniah kepada mereka berdua dan memuji keindahan majlis tersebut.







A post shared by Grant Gustin (@grantgust) on

Sebelum ini, perkahwinan mereka pernah didedahkan oleh pihak pengurusan Grant yang dikenali sebagai Robert Adam Stein di laman Instagram.

"What heartfelt joy is was to watch Grant and La, surrounded by their family and friends, come together for a loving union.

"Wishing them both a Lifetime of Love and Happiness, they are so blessed to have one another to spend the rest of their lives together," tulisnya sebagai kapsyen.

Pasangan ini telah terlebih dahulu menerima ucapan tahniah di ruangan komen hasil perkongsian tersebut.


LA Thoma turut berkongsi video mengenai keseluruhan upacara di Instagram.

Andrea "LA" Thoma Gustin, yang berkahwin dengan bintang Flash Grant Gustin tahun lepas, telah berkongsi beberapa foto baru majlis perkahwinan Kadazan pasangan itu di Sabah

Thoma, yang separuh Kadazan di sebelah ibunya, menyiarkan gambar dan video majlis di Instagram untuk menandakan ulang tahun ke-31 beliau.

"Kami dapat menghormati nenek moyang suku Kadazan saya melalui upacara perkawinan tradisional yang disebut Miohon Pinisi. Itu adalah hadiah yang dapat merayakan dan menghubungkan ke warisan budaya ibu saya yang menyambut Grant dengan tangan terbuka," tulisnya.

Tahniah sekali lagi kepada pasangan bahagia! Lihat lebih banyak gambar dari upacara di sini:

Yusuf Ahmad, seorang jurugambar yang berpangkalan di Kota Kinabalu yang mengambil gambar majlis itu, turut memuatkan beberapa gambar dari acara itu. Anda boleh melihatnya di laman Facebooknya di sini.

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

Previous Post Next Post