LIVE: Liga Premier Malaysia 2019 – Sabah vs Kelantan

Perlawanan di Stadium Likas pada malam ini juga akan menyaksikan berlangsungnya majlis penyerahan trofi Liga Premier Malaysia kepada pasukan Sabah.
LIVE: Liga Premier Malaysia 2019 – Sabah vs Kelantan

Perlawanan Liga Pemier Malaysia 2019 untuk LP21 pada hujung minggu ini akan menyaksikan tiga perlawanan disiarkan menerusi MyCujoo.

Dua daripada tiga perlawanan tersebut akan disiarkan pada malam ini, salah satunya ialah perlawanan antara pasukan Sabah menentang pasukan Kelantan.


Kedudukan semasa kedua-dua pasukan dalam carta Liga Premier Malaysia ketika ini menyaksikan pasukan Sabah berada di tangga teratas dengan kutipan 40 mata daripada 18 perlawanan selepas mereka mengesahkan status mereka sebagai juara Liga Premier Malaysia musim ini dan meraih promosi ke Liga Super Malaysia pada musim hadapan. Pasukan Kelantan pula ketika ini berada di tangga ke-10 dengan kutipan 14 mata daripada 18 perlawanan.

Ini merupakan pertemuan yang kedua antara kedua-dua pasukan ini dalam saingan liga pada musim ini. Mereka telah bertemu dalam minggu perlawanan LP2 pada 8 Februari yang lalu, di mana pasukan Kelantan dan pasukan Sabah terikat 3-3 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV.

Aksi LP20 pada pertengahan minggu yang lalu pula telah menyaksikan kedua-dua pasukan bertandang ke halaman lawan; pasukan Sabah menewaskan UiTM FC 2-1 di Stadium UiTM Shah Alam, sementara pasukan Kelantan pula tewas 1-3 kepada pasukan Polis di Stadium Hang Jebat.

Perlawanan di Stadium Likas pada malam ini juga akan menyaksikan berlangsungnya majlis penyerahan trofi Liga Premier Malaysia kepada pasukan Sabah.


Adakah majlis keraian mereka pada malam ini akan diserikan dengan kemenangan atau pasukan Kelantan akan mencalarkan pula keraian tersebut dengan kemenangan mereka?

Ayuh saksikan siaran langsung perlawanan ini yang dibawakan khas oleh MyCujoo. Klik pautan di bawah:



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.