Sekitar Pesta Magahau Zon Kota Kinabalu 2019

Cik Suzie Angelin Mion (tengah) muncul sebagai Gimpuhut (Johan) Mitarab Gimpuhut Momogun (MGM) Pesta Magahau Zon Kota Kinabalu 2019 yang diadakan di Dewan Mini Kg Dato Tobobon Manggatal, semalam.
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



SUZIE DIANUGERAH GIMPUHUT MGM PESTA MAGAHAU ZON K.K. 2019

KOTA KINABALU: Cik Suzie Angelin Mion (tengah) muncul sebagai Gimpuhut (Johan) Mitarab Gimpuhut Momogun (MGM) Pesta Magahau Zon Kota Kinabalu 2019 yang diadakan di Dewan Mini Kg Dato Tobobon Manggatal, semalam.

Cik Haniza Matihon ( kiri ) dan Vycenta Karen Vitalis  (kanan) masing-masing muncul sebagai naib johan dan tempat ketiga. 

Mereka masing-masing akan mewakili Kota Kinabalu bagi Johan, Inanam bagi Naib Johan manakala tempat Ketiga mewakil Putatan  ke Pertandingan MGM Peringkat Negeri yang akan diadakan pada 3 Ogos 2019.

Suzie Angelin Mion juga dinobatkan sebagai Miss Popular FB bagi Zon Kota Kinabalu selepas mendapat undian terbanyak.

Picture
Johan Monurizak (pertandingan nyanyian), Cik Hennyzira Marmin (tengah) bersama Encik Medkhatu Simpong (kanan) dan Encik Sanjhonny Santong.

Untuk kategori Mitarab Mindolongoi (Monurizak), johan dimenangi oleh Cik Hennyzira Marmin. Manakala Encik Medkhatu Simpong dan  Encik Sanjhonny Santong masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

Johan akan mewakil Zon Kota Kinabalu,  naib johan akan mewakil Inanam dan tempat ke 3 akan mewakili Putatan ke Pertandingan / Mitarab Mindolongoi Peringkat Negeri.

Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Dewan Undangan Negeri  (DUN) N. 13 Inanam, Encik Abd Latif Mopuas telah merasmikan majlis tersebut.

Turut hadir ialah Timbalan Presiden Samora Merangkap Pengerusi Induk Pesta Magahau 2019 , Encik Jose Modsinupu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Real Beauty, Puan Rejanah Bahanda, selaku penaja utama Pesta Magahau Zon Kota Kinabalu, CEO Kekal Teguh Gemilang Sdn Bhd, Encik George Clinton Mojitang, Presiden Parti Damai Sabah, Encik Berman Angkap, Pegawai Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah, Encik Jason Jasni Sumion, Timbalan Presiden Momogun National Congress dan  Pensyarah Kanan Universiti Yayasan Sabah, Dr Paul Porodong, CEO Surubang Construction Group, Encik Pransol Tiying, Ketua Kampung Dato Tobobon Manggatal,K.K. Jusbin Majapin, MPKK Kg. Dato Tobobon Manggatal,Joudy Anjilau dan Pengerusi Mitarab Gimpuhut(MGM) Peringkat Negeri, Puan Ruhini Andong.

Picture
Abd Latif memukul gong simbolik merasmikan Pesta Magahau Zon Kota Kinabalu 2019.

Selain acara MGM dan Monurizak, sambutan tahun ini juga menyaksikan pengenalan acara baru iaitu Pertandingan Rekaan Sundatang bermotif rekaan Rungus dan pertandingan Monundatang (bermain Sundatang).


Selain Zon Kota Kinabalu , terdapat enam  zon lagi yang  akan mengadakan sambutan Pesta Magahau tahun ini.  Zon-zon tersebut ialah Zon Matunggong  (6 Julai 2019), Zon Labuan (7 julai 2019) Zon Pitas (13 Julai 2019), Zon Kudat (20 Julai 2019), Zon Kota Marudu (21.julai 2019) dan Zon Beluran ( 27 Julai 2019 ).-PR

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.