Murid Tahun 1 SK Lipasu Ranau parah digigit anjing

BERLUMURAN DARAH… Mangsa dipapah pengawal keselamatan yang bertindak menyelamatkan mangsa.
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Murid Tahun 1 di Ranau parah digigit anjing

RANAU: Seorang murid perempuan Tahun 1, Sekolah Kebagsaan (SK) Lipasu di sini parah selepas digigit anjing pada petang Jumaat.

Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Dr.Mistrine Radin ketika mengesahkannya kepada media berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 1.00 petang, di luar kawasan sekolah berkenaan.


“Menjadi rutin, bapa mangsa akan datang ke sekolah untuk menjemput anaknya pulang. Namun pada hari kejadian, bapa mangsa terlewat datang.

“Mangsa kemudiannya mengambil keputusan menyertai murid lain berjalan kaki untuk balik ke rumah.

“Dalam jarak 300 meter dari sekolah, mangsa bersama murid yang lain, tiba-tiba diserang anjing menyebabkan mereka berpatah balik ke kawasan sekolah. Malangnya, mangsa tidak sempat melarikan diri,” katanya.

Menurut Mistrine, murid yang berpatah balik telah melaporkan kejadian kepada pengawal keselamatan yang bertugas ketika itu.

“Pengawal keselamatan bergegas ke lokasi kejadian untuk menyelamatkan mangsa sebelum membawa mangsa ke dalam kawasan sekolah.

“Guru yang masih berada di sekolah bertindak segera menghantar murid ke hospital dan juga menghubungi ibubapa mangsa” jelasnya.

Jelasnya lagi, sekitar jam 4.00 petang, pihak Jabatan Kesihatan telah menghubungi Guru Besar sekolah berkenaan untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan kes tersebut.

“Pihak Jabatan Kesihatan kemudiannya memaklumkan bahawa mangsa di hantar ke Hospital Likas, Kota Kinabalu untuk rawatan lanjut,” tambah Mistrine.

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Tags

Post a Comment

1 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.