Tragis! budak maut terjatuh dari celah lubang jambatan di T1 Bundusan, Penampang

T1 Bundusan. Berlaku di T1 Bundusan sini. Budak terjatuh dari jambatan dari tingkat 5. 😢 Kita mestilah jaga anak kita selalu tidak kira di mana. Kenapa tu jambatan berlubang tapi tidak kena tutup?

klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



(Video) Kontraktor cuai, budak maut terjatuh dari celah lubang jambatan ketika bercuti di Penampang


Percutian sebuah keluarga ini bertukar menjadi tragedi apabila salah seorang anak perempuannya terjatuh dari jambatan yang belum siap sepenuhnya.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 3.40 petang 1 Disember 2019 di sebuah bangunan di Penampang, Sabah, keluarga yang berasal dari Batu Pahat, Johor itu sedang menikmati makan tengah hari di tingkat lima.

Si ibu kemudian membenarkan dua orang anak perempuannya bermain di sekitar koridor tersebut sambil mengekori mereka dari belakang.


Dua kanak-kanak yang masing-masing berusia tiga tahun dan setahun 7 bulan itu berlari sambil berpegangan tangan ke arah jambatan penghubung dengan bangunan bersebelahan.


Tiada sebarang tanda amaran yang diletakkan di jambatan itu, menyebabkan si ibu tidak berasa keselamatan anak-anaknya terancam dan membiarkan mereka bermain di situ sambil merakam video kenangan.


Namun, anak kecilnya tiba-tiba melepaskan tangan kakaknya lalu berlari ke bahagian hujung sebelum terperosok dalam celah lubang di hujung jambatan dan terjatuh ke bawah.




Kejadian itu berlaku di depan mata ibunya yang terus bergegas berlari ke tingkat bawah dan mengejar anaknya ke hospital. Malangnya, dokor mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.


Menurut laporan Daily Express Sabah, ibu mangsa tidak menjaga anaknya pada waktu kejadian. Malah menggunakan perkataan 'membiar' di mana mereka memetik perkataan itu dari kenyataan polis.


Keluarga mangsa terkejut dengan laporan itu tampil menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan mereka mempunyai bukti video bahawa si ibu tidak membiarkan anak-anaknya. 


Kenyataan polis itu bercanggahan dengan laporan polis yang dibuat oleh ibu mangsa. Bapa saudara mangsa, Roger Chow berkata


"Ibu mangsa tidak 'membiar' seperti yang dikatakan, sebaliknya dia merakam video anaknya berlari di hadapannya tanpa mengetahui bahaya di depan.

"Dalam laporan polis, dia juga menyatakan tiada sebarang tanda amaran yang diletakkan oleh pihak pengurusan bangunan," katanya yang turut menyerta salinan laporan polis yang dibuat pada hari kejadian.




Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.