Video tular di Centre Point disahkan Pengsan saja, bukannya pesakit COVID-19

PETUGAS perubatan yang lengkap memakai PPE mengusung lelaki yang pengsan di Kompleks membeli belah Centre Point
Pengsan saja, bukannya pesakit COVID-19

KELIBAT seorang lelaki diusung petugas perubatan yang lengkap dengan pakaian perlindungan diri (PPE) di bangunan pusat beli-belah Centre Point, Kota Kinabalu, menimbulkan kegelisahan orang ramai.

Pada kejadian 6 petang, timbul pelbagai persepsi awam sehingga ada yang mendakwa kononnya mangsa adalah pesakit COVID-19.



Tidak cukup dengan itu, rakaman video lelaki terbabit diusung keluar dari bangunan Centre Point turut tular di media sosial.


Bagaimanapun, perkara sebenar ialah lelaki berusia 40-an berkenaan terjatuh sebelum pengsan di tingkat bawah berhampiran tandas awam bangunan berkenaan.

Ada juga pihak yang memaklumkan keadaan petugas kesihatan mengenakan pakaian PPE sebenarnya adalah prosedur biasa ketika ini.

Menurut sumber, lelaki terbabit dipercayai mengalami gangguan kesihatan sehingga menyebabkannya terjatuh sebelum pengsan ketika berjalan-jalan di pusat beli-belah berkenaan.

"Sebaik menyedari keadaan itu, orang ramai menghubungi hospital.

"Ketika itu orang ramai tidak menyentuh lelaki terbabit kerana bimbang," katanya.


Sementara itu, pihak pengurusan Centre Point ketika dihubungi mengesahkan mangsa hanya pengsan dan sudah dirujuk ke hospital untuk tindakan selanjutnya.


Post a Comment

Previous Post Next Post