SPR: Pilihanraya Sabah diumum 26 September 2020

PRN Sabah 26 Sept, Penamaan Calon 12 Sept
Rakyat Sabah keluar mengundi 26 September

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 September 2020 sebagai tarikh pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

T arikh penamaan calon bagi pilihan raya berkenaan pula pada 12 September manakala pengundian awal ditetapkan pada 22 September.

Pengumuman dibuat oleh Timbalan Pengerusi SPR Dr Azmi Sharom dalam sidang medianya hari ini selepas mempengerusikan mesyuarat khas SPR berhubung PRN Sabah.

SPR turut memutuskan melanjutkan waktu membuang undi selama 30 minit.

Azmi turut berkata waktu membuang undi bagi PRN diawalkan bermula 7.30 pagi hingga 5 petang berbanding 8 pagi hingga 5 petang pada PRU lalu.


Bilangan pengundi berdaftar adalah seramai 1,124,598 juta orang di Sabah. Jumlah berkenaan adalah yang dikenal pasti untuk membuang undi PRN kali ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post