Lelaki Duduk Termenung Sebelum Menggantung Diri Di Jambatan Berhampiran Balai Polis Kota Kinabalu
S eorang lelaki ditemui tergantung di jambatan paip besi berhadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu di Jalan Tunku Abdul Rahman, di sini, Kota Kinabalu hari ini.
Mayat lelaki itu ditemui orang awam sebelum memaklumkan kejadian kepada anggota polis yang bertugas di pondok pengawal IPD Kota Kinabalu, jam 9 pagi.
Difahamkan, sebelum kejadian lelaki terbabit dilihat duduk termenung berdekatan lokasi kejadian sambil memegang kain.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, sepasukan anggota dan pegawai polis dikerah ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat daripada orang awam.
“Pemeriksaan awal mendapati lelaki terbabit menggantung diri menggunakan kain yang diikat pada paip besi.
“Setakat ini, tiada sebarang unsur jenayah ditemui namun siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengetahui punca sebenar insiden itu berlaku,” katanya ketika ditemui, hari ini.
Habibi berkata, pasukan polis, anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu dan kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang berusaha menurunkan mangsa dari lokasi berkenaan.
“Mayat dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Queen Elizabeth I (HQEI) untuk proses bedah siasat.
“Siasatan lanjut sedang dijalankan dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut,” katanya.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Habibi Haji Majinji mengesahkan kejadian ini ketika ditemui media di lokasi kejadian iaitu berhadapan dengan Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu.
Mayat ditemukan anggota polis yang bertugas.
Menurutnya, siasatan sedang dijalankan. Siasatan awal di lokasi mendapati mangsa berusia dalam lingkungan 20-an.
Pihak polis, bomba dan keselamatan kini berada di lokasi kejadian.
Post a Comment