Kerajaan Negeri melalui Taman-Taman Sabah (TTS) sedang bersiap sedia untuk membuka semula aktiviti pendakian gunung Kinabalu bermula Disember 7.
TTS dibuka dengan had pelawat 100 orang. Berita baik kepada pengusaha Industri Pelancongan Sabah.
urucakap situasi Covid-19 di Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata pembukaan gunung Kinabalu dan juga taman-taman di bawah selia TTS akan dibuat secara berperingkat.
“Pintu taman-taman akan dibuka secara berperingkat kepada pelawat tempatan dengan pelaksanaan SOP ketat.
“Aktiviti pendakian Gunung Kinabalu juga akan dibuka secara berperingkat bermula pada 07 Disember 2020.,” beliau berkata di satu sidang akhbar secara talian.
Sebagai permulaan, kapasiti jumlah pendaki yang dibenarkan adalah tidak melebihi 50 peratus
berbanding jumlah kapasiti pendaki yang dibenarkan sebelum PKP dilaksanakan.
Post a Comment