Anak Sabah Jadi Rebutan 5 Universiti Berstatus Ivy League Di Amerika

Kickbola.net “Perkara yang paling penting untuk berjaya di dalam pelajaran adalah disiplin”- Ivan.

Kesempitan wang, pelajar UKM ‘ikat perut’ hingga usus terkoyak

Ivan Avannus Jacob Jimbangan yang baru-baru ini telah menjadi tajuk utama setelah dia menjadi rebutan bukan 1 tetapi 5 Universiti Ivy League di Amerika iaitu Columbia University, University of Pennsylvania, Cornell University, Dartmouth College, Brown University, Stanford University dan satu daripadanya bukan Ivy League universiti iaitu University of Chicago.

I
van adalah seorang yang amat berdisiplin dalam pelajarannya

Bapanya, Stephen Jimbangan apabila ditanya mengenai anak lelakinya yang berusia 20 tahun itu berkata Ivan sememangnya berdisiplin dalam pelajarannya.

“Seperti abang Ivan yang juga turut mendapat 9A dalam SPM pada tahun 2016, anak saya berkata bahawa perkara yang paling penting untuk berjaya di dalam pelajaran adalah disiplin. Ivan telah dilatih daripada usia yang muda untuk sentiasa membuat ulang kaji sekurang-kurangnya 2 jam sehari di rumah,” kata si bapa yang bangga akan anaknya itu.

Ibu Ivan pula, Evelyn John Ganjos turut menambah bahawa “telefon pintar hanya boleh digunakan pada hujung minggu iaitu pada Sabtu dan Ahad sahaja. Ini merupakan peraturan yang mereka ikuti dengan tegas.

Ivan turut berkata bahawa dia bernasib baik kerana sekolah menengahnya adalah SM St Michael yang merupakan sekolah yang berprestasi tinggi dan amat terkenal dengan disiplin mereka yang baik.

Pemakanan Ivan juga turut dipantau dengan baik

“Pemakanan Ivan juga turut dipantau dengan baik, dengan bantuan datuk dan nenek Ivan dari Kuching yang manjaga pemakanan seharian Ivan,” katanya serta turut menambah bahawa dia mempunyai keluarga yang sentiasa menyokongnya dan Ivan juga disediakan ruang belajar yang kondusif baginya untuk menyiapkan kerja sekolahnya.

Tetapi apa yang paling penting adalah ketekunan yang membawanya ke tangga kejayaan, kata Ivan yang juga turut mengatakan bahawa dia juga amat berdikari sejak kecil lagi.

Ivan tahu apa yang dia inginkan di dalam hidupnya, dan bagaimana untuk mencapai apa yang dimahukannya. Ivan berkata, keluarganya dan juga gurunya sentiasa membantu untuk memberi sokongan padanya agar dia bermotivasi untuk belajar.

“Saya percaya kemasukannya ke Stanford dilengkapi dengan semangatnya untuk selalu ingin menyumbang kepada masyarakat dan minatnya untuk belajar beberapa bahasa asing. Kami sebagai ibu bapa selalu mendoakannya… terutama neneknya di Penampang yang tidak pernah gagal mendoakan semua cucunya, ”katanya.

Ivan yang menamatkan peringkat A-Level dan memilih Stanford University

Ivan yang menamatkan peringkat A-Level di Kolej Tuanku Jaafar, Negeri Sembilan telah memilih Stanford University dan bakal mengikuti kelas 2025 pada bulan September tahun ini.

Ivan juga sangat aktif dalam kerja amal dan untuk membantu mereka yang memerlukan. Dia menubuhkan organisasi non-profit Komunakan dengan objektif untuk memperkasakan komuniti peribumi di Sabah.

Ivan, yang berasal dari keturunan Kadazan, Iban dan Bidayuh mengatakan bahawa dia bangga dengan kepelbagaian etniknya.

Dia telah menyebarkan kesedaran tentang berbagai bahasa orang asli di sosial media dan dengan Gerakan Komuhakan, dia terlibat untuk meneliti bahasa Kadazan dan mempromosikan bahasa tersebut melalui infografik dan poster dalam talian.

Ivan juga amat berminat dengan bahasa asli dan ingin terus menyebarkan bahasa ini kerana menurutnya banyak bahasa asli di seluruh dunia semakin hilang dan jika tidak ada tindakan yang dilakukan mengenainya, ianya akan hilang pada masa hadapan.


Pemuda yang giat ini juga mengambil bahagian dalam pelbagai pertandingan dan muncul sebagai juara di mana pasukannya memenangi Sime Darby Young Innovators Challenge (SDYIC) pada tahun 2016 kerana inovasi mereka terhadap aplikasi lebihan makanan pertama di Malaysia yang dikenali sebagai Robin Food untuk mengekang pembaziran makanan disamping memberikan makanan kepada mereka yang memerlukannya.

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.