Bung: Semua orang mesti diberi vaksin, termasuk pendatang tanpa dokumen

Datuk Seri Bung Moktar Radin turut urut mencadangkan agar setiap negeri untuk menggunakan sistem pendaftaran vaksinasi tersendiri. - Gambar BERNAMA

Mesyuarat Khas Parlimen: Bekalan vaksin COVID-19 di Sabah perlu dipertingkatkan - Bung Moktar



KUALA LUMPUR: Bekalan vaksin COVID-19 di Sabah perlu dipertingkatkan dari semasa ke semasa memandangkan negeri itu turut didiami warga asing dan pendatang asing tanpa izin (PATI).

Menurut Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, sekiranya golongan ini diketepikan maka penularan jangkitan COVID-19 masih boleh berlaku.


‘’Rekod menunjukkan Sabah adalah negeri yang terlalu sedikit dibekalkan dengan vaksin, saya telah bersuara berkali-kali dan Alhamdullillah bulan Julai telah dipertingkatkan.

‘’Apa yang penting saya minta kepada menteri dan kerajaan pastikan bulan-bulan yang seterusnya bekalan vaksin itu jangan diberhentikan, malah ia perlu ditambah.

Sebab Sabah ini ada unik sikit... kita ada rakyat tempatan, pekerja asing dan pendatang asing tanpa izin dan sasaran utama kita memberi vaksin kepada rakyat Malaysia tetapi bagaimana dengan orang lain yang duduk di sana? Kalau kita divaksin, dia tidak, sama sahaja, tidak ada makna.

Datuk Seri Bung Moktar Radin

Ahli Parlimen Kinabatangan

Bung berkata demikian semasa sesi Mesyuarat Khas Parlimen (Dewan Rakyat) pada Rabu.

Selain itu, Timbalan Ketua Menteri Sabah itu turut mencadangkan agar setiap negeri untuk menggunakan sistem pendaftaran vaksinasi tersendiri.


Ini, kata beliau, bagi memudahkan urusan tersebut tanpa mewujudkan sebarang kekeliruan berkenaan janji temu suntikan vaksin COVID-19.

‘’Kalau boleh kita galakkan negeri-negeri menggunakan aplikasi masing-masing dan diselaraskan di peringkat Persekutuan.


‘’Kalau perkara ini dapat kita lakukan dan jangan terlalu terikat serta jangan terlalu memikirkan ini tidak boleh itu tidak boleh kalau semua tidak boleh, semua tidak jadilah,’’ tambahnya lagi.

Post a Comment

Previous Post Next Post