Keadaan Hujan lebat banjir di 12 kampung dan taman perumahan Penampang

Kickbola.net Air Sungai Moyog pula melebihi paras bahaya apabila mencatatkan ketinggian 9.40 meter



PENAMPANG: Hujan lebat sejak petang semalam, mengakibatkan sekurang-kurangnya 12 kampung dan taman perumahan, di sini, dilanda banjir.

Selain itu, 10 jalan di sekitar daerah ini juga dilaporkan ditenggelami air sehingga menyukarkan dilalui kenderaan.

Jurucakap Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Penampang berkata, bacaan air Sungai Moyog pula melebihi paras bahaya apabila mencatatkan ketinggian 9.40 meter.

Katanya, semua agensi terbabit sudah diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga untuk melakukan pemantauan serta operasi banjir dari semasa ke semasa.


“Antara kawasan yang dinaiki air adalah Taman Donggongon, Kampung (Kg) Tuavon, Kg Kambau, Kg Dabak, Kg Nambazan, Kg Kolopis, Kg Inobong, Kg Kibabaig dan Kg Gunsing serta Penampang Proper.

http://beritaup2date.blogspot.com/Gerai turut ditenggelami air
“Manakala jalan yang dinaiki air pula adalah membabitkan Jalan Datuk Panglima Banting, Jalan Dakata, Jalan Kasigui, Jalan Tuavon, Jalan Kolopis dan Jalan Inobong,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan, hari ini.

Menurutnya, turut ditelenggelami air adalah Jalan Edmund Labunda, Jalan Nambazan, Jalan Kibabaig serta Bulatan Siga berhampiran Pekan Donggongon.


Katanya, pusat pemindahan juga sudah dibuka di Rumah Kelab Kompleks Sukan Penampang sebagai persediaan sebarang keperluan memindahkan penduduk terjejas.

“Ketika ini, Sekolah Menengah St.Michael Penampang turut dilaporkan ditelenggelami air.


“Pemantauan terpaksa dilakukan dari semasa ke semasa disebabkan keadaan cuaca yang tidak menentu.

Post a Comment

Previous Post Next Post