Meningkat tinggi! 818 kes baharu COVID-19 di Sabah

Kickbola.net Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun




KOTA KINABALU: Jumlah kes baharu COVID bagi Sabah hari ini meningkat tinggi sebanyak 818 dengan pertambahan 106 kes berbanding semalam.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, sembilan daerah mencatat kes baharu melebihi 35 seperti Papar (37), Tuaran (44), Beluran (44), Tawau (55), Sipitang (57), Beaufort (66), Keningau (69), Penampang (77) dan Kota Kinabalu (167).

"Penyumbang utama kes berjumlah 364 kes adalah dari saringan kontak rapat, diikuti tambahan kes dari kluster sedia ada dengan 148 kes.

"Sarıngan bersasar 104 kes dengan daerah Kunak mencatatkan jumlah tertinggi saringan bersasar iaitu 23 kes. Manakala sarıngan bergejala menyumbang 103 kes," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.


Beliau berkata, terdapat enam kluster baharu direkodkan iaitu, Kluster Gipan Kolombong Kota Kinabalu (tempat kerja), Kluster Tinabau Kinabatangan (tempat kerja), Kluster Sogo-Sogo Tongod (komuniti), Kluster Jalan Tungku Lahad Datu (komuniti), Kluster Simpang 3 Ranau (tempat kerja) dan Kluster Gerbang Kauran Keningau (komuniti/aktiviti keagamaan).

Katanya, dua kluster baharu itu telah merekodkan sejumlah 61 kes COVID-19.


"Sekali lagi ditekankan bahawa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan tahap pematuhan SOP yang tinggi perlu patuhi oleh rakyat Sabah untuk membendung penularan kes Sabah yang semakin meningkat," katanya.

Katanya, daerah lain seperti Kunak merekodkan 26 kes, Telupid 24, Kudat 22, Kinabatangan dan Putatan masing-masing 20.


"Sandakan dan Lahad Datu masing-masing 16 kes, Ranau 15, Tongod sembilan, Kalabakan lapan, Kota Marudu tujuh, Semporna, Tenom dan Kuala Penyu lima kes, Kota Belud dua kes, Tambunan dan Pitas satu kes masing-masing serta Nabawan tidak catat sebarang kes," katanya.

Post a Comment

Previous Post Next Post