2,474 kes baharu COVID-19 di Sabah

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun



KOTA KINABALU: Sebanyak 2,474 kes baharu COVID-19 di rekodkan di Sabah hari ini dengan sedikit penurunan sebanyak 164 kes berbanding semalam.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, Kota Kinabalu kekal mencatatkan kes tertinggi dengan 671 kes diikuti Penampang 204 kes, Tawau 196 kes, Sandakan 185 kes, Papar 181 kes, dan Tuaran 176 kes.

Menurutnya, Lahad Datu merekodkan sebanyak 132 kes, Keningau 113 kes, Beaufort 68 kes, Beluran 64 kes, Kota Belud 59 kes, Putatan 56 kes, Kota Marudu 46 kes, dan Ranau serta Kudat masing-masing 44 kes.

Katanya, daerah Tongod mencatatkan 38 kes, manakala Nabawan 34 kes, Kalabakan 29 kes, Tenom 26 kes, Sipitang 21 kes, Kunak 18 kes, Tambunan 17 kes, Kinabatangan dan Telupid masing-masing 15 kes, Pitas 11 kes, Semporna lapan kes, dan Kuala Penyu tiga kes.

"Tidak ada kluster baharu direkodkan dan 1,609 (65 peratus) kes adalah melalui saringan kontak rapat, 557 (22.5 peratus) kes melalui saringan bergejala dan 140 (5.7 peratus) daripada kluster sedia ada," katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata, Sabah melepasi angka 30 peratus daripada jumlah penduduk dewasa yang memperolehi dos lengkap. Sehingga semalam, 30.1 peratus penduduk dewasa Sabah melengkapkan pengambilan dua dos vaksin dan 52.4 peratus memperolehi satu dos.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.