Jangan risau ke PPV SICC, maklumat pesakit positif ke sana palsu

Dewan persidangan SICC berubah menjadi PIKAS mega bersepadu untuk pekerja industri yang berkemampuan untuk vaksinasi 10,000 orang sehari.



Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun menasihatkan orang ramai untuk tidak mempercayai khabar angin berkenaan pusat pemberian vaksin (PPV) yang terdedah dengan penularan COVID-19.

Beliau berkata maklumat isu PPV Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) yang mendakwa kononnya dikunjungi beberapa individu positif COVID-19 adalah tidak benar.

“Maklumat yang turut mengarahkan semua pengunjung yang hadir ke PPV terbabit pada 31 Julai dan 1 Ogos lalu untuk membuat ujian swab atau calitan adalah palsu.

“Saya ingin tegaskan bahawa arahan ini bukanlah sumber yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melainkan daripada golongan yang tidak bertanggungjawab,” katanya.

Beliau juga menasihatkan orang ramai agar tidak perlu risau untuk mengunjungi PPV SICC kerana semua ruangan dalam SICC adalah sentiasa disanitasi.


Pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) kendiri adalah sangat ketat dalam kalangan orang awam dan juga petugas SICC sendiri
Dalam pada itu katanya setakat kelmarin, tiada suntikan baharu dibuat bagi Fasa 1 Dos 1 Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dan ini menjadikan jumlah kumulatif kekal sebanyak 67,164 orang.

“Bagi Fasa 1 Dos 2 pula, tiada suntikan baharu dibuat pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kekal sebanyak 58,575 orang.

“Untuk Fasa 2 Dos 1 PICK pula merekodkan sebanyak 36,206 suntikan baharu dibuat menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 964,359 orang diikuti Dos 2 Fasa 2 yang sudah merekodkan 11,989 suntikan baharu harian dengan jumlah kumulatif sebanyak 378,033,” katanya.

Menurutnya Sabah juga merekodkan pendaftaran penerima vaksin sebanyak 11,909 kelmarin menjadikan jumlah kumulatif yang mendaftar sebanyak 1,250,606.

Tambahnya ini termasuklah 1,166,949 bagi

aplikasi Mysejahtera dan 83,385 bagi pendaftaran Laman Web manakala Talian Vaksinasi sebanyak 272 bersamaan 45.3 peratus setakat ini.

Tindakan tegas sebar maklumat palsu COVID-19 di PPV

Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak terbabit menyebar maklumat palsu mengenai pusat pemberian vaksin (PPV) Sabah International Convention Centre (SICC) dan PPV lain di negeri ini.

Pengarah Kesihatan Negeri Sabah Dr Rose Nani Mudin berkata penularan maklumat palsu di media sosial, kononnya meminta orang ramai di PPV SICC di sini pada 31 Julai lalu, supaya segera menjalani saringan COVID-19, adalah serius.

Beliau berkata, perbuatan pihak yang tidak bertanggungjawab itu boleh menimbulkan perasaan panik dan kebimbangan orang ramai untuk datang mendapatkan suntikan vaksin di PPV SICC, sekali gus mengganggu usaha vaksinasi di PPV tersebut.

"JKNS tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang agar perkara ini tidak berulang lagi...dakwaan ini tidak benar kerana Jabatan Kesihatan Negeri Sabah dan Pejabat Kesihatan Kawasan Kota Kinabalu tidak pernah mengeluarkan arahan berkenaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr Rose Nani menasihatkan orang ramai yang mempunyai janji temu vaksinasi supaya tidak cemas dan bimbang kerana semua PPV adalah selamat dan Kementerian Kesihatan amat menitikberatkan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang COVID-19.


Dr Rose Nani
"Semua petugas dan sukarelawan perlu memakai pelitup muka, penjarakan fizikal dijaga, kerap basuh tangan atau guna pensanitasi tangan adalah amalan para petugas di SICC... individu yang datang mendapatkan vaksin mesti memakai pelitup muka, suhu badan dipantau dan mengunakan pencuci tangan," katanya. – BERNAMA

Post a Comment

Previous Post Next Post