Pemain industri kini boleh dapatkan kit ujian Rapid Antigen

Covid: Pemain Industri Sabah digalakkan untuk menguji staf menggunakan Rapid Antigen Test Kit



KOTA KINABALU: Pengusaha sektor perindustrian digalakkan untuk mendapatkan kit ujian Rapid Antigen untuk membuat saringan COVID-19 terhadap pekerja masing-masing.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Joachim Gunsalam berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia juga bersetuju dengan pendekatan itu dan keputusan ujian itu akan terus dikemas kini dalam aplikasi MySejahtera.

"Ujian itu boleh dilakukan sendiri di tempat kerja dan pada bila-bila masa," katanya dalam satu kenyataan selepas menerima taklimat daripada Hazeldazzel Resources (Sabah) Sdn. Bhd iaitu pengeluar tunggal Salixium Rapid Antigen Test, hari ini.

Hadir sama ialah Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Perindustrian Thomas Logijin serta beberapa dewan perniagaan di negeri ini.


Timbalan Ketua Menteri Datuk Joachim Gunsalam
Taklimat berkenaan diadakan selama satu jam dan disampaikan oleh Pegawai Pemasaran syarikat berkenaan Shah Fareed Sham.


Post a Comment

Previous Post Next Post