Penduduk Sandakan Beratur Panjang Bimbang Vaksin Dikenakan Caj Bulan Depan

Orang ramai beratur panjang untuk mendapatkan suntikan vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Sandakan tular dakwaan akan dikenakan bayaran bermula bulan depan. – Foto Facebook



SANDAKAN: Penduduk di Sandakan, Sabah berbaris sepanjang 2 kilometer (km) akibat mempercayai dakwaan pemberian vaksin yang sebelum ini secara percuma, akan dikenakan bayaran bermula bulan hadapan.

Menurut seorang penduduk Sandakan yang hanya mahu dikenali sebagai Mila, orang ramai mula menyebarkan khabar angin mengenai suntikan vaksin Covid-19 adalah percuma sehingga hujung bulan ini sahaja.

“Disebabkan khabar angin itu, orang ramai mula membanjiri Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di sebuah dewan di bandar ini bagi mendapatkan suntikan,” ujarnya.

Orang ramai dikatakan mula berbaris sekitar pukul 5 pagi.

Bukan itu sahaja, terdapat juga khabar angin yang mengatakan untuk mendapatkan vaksin di klinik-klinik swasta bayaran sebanyak RM350 satu dos akan dikenakan.

Orang ramai dinasihatkan untuk tidak mempercayai khabar angin yang disebarkan, hal ini kerana pemberian vaksin setakat ini untuk rakyat Malaysia adalah percuma

Terdahulu, bekas Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin menegaskan bahawa suntikan vaksin di bawah PICK adalah diberikan secara percuma kepada semua penduduk Malaysia tidak kira warganegara mahu pun warga asing. – Utusan Online

Post a Comment

Previous Post Next Post