Aksi Sabah FC (jersi merah) menentang KL City FC dalam saingan Liga Super di Stadium Likas, Kota Kinabalu. - Foto ihsan Facebook Sabah FC. |
Sabah, KL sama kuat di Likas
Ia sekali gus menghampakan hasrat skuad Sang Badak untuk menamatkan kebuntuan mencari tiga mata selepas seri dua kali dan kalah sekali dalam tiga perlawanan sebelum ini.
Terdahulu, Sabah FC ketinggalan kepada pelawat selepas skuad ibu kota berjaya mendahului mereka pada separuh masa pertama. Lebih malang, jaringan KL City FC diperolehi menerusi kesilapan Randy Baruh yang menjaringkan gol sendiri pada minit ke-22.
Sabah berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-65 hasil jaringan, Levy Clement Madinda menerusi sepakan percuma dari luar kotak penalti. Kebetulan pemain import berkenaan baru saja menyambung kontraknya bersama Sang Badak.
Kedudukan itu kekal sehingga wisel penamat dibunyikan.
Antara aksi menarik perlawanan Sabah FC menentang KL City FC pada aksi Liga Super di Stadium Likas malam tadi. |
Anak buah skuad kendalian Kurniawan Dwi Yulianto yang sebelum ini melakar tiga keputusan seri dan tewas dalam dua perlawanan terakhir mereka bagaimanapun terlebih dulu dikejutkan jaringan sendiri pemain The Rhinos, Randy Baruh pada minit ke-22.
KEDUDUKAN Liga Super |
Tersentak dengan jaringan itu, tuan rumah cuba mengasak, namun ketumpulan penyudah di samping kekentalan bahagian pertahanan pelawat kendalian Bojan Hodak memastikan kedudukan babak pertama kekal 1-0.
Bersambung babak kedua, Sabah FC kembali memperkemaskan permainan dalam usaha memburu gol penyamaan yang akhir hadir menerusi sepakan percuma Levy Clement Madinda pada minit ke-65.
Post a Comment