Seorang lagi ubi muda negara berjaya cipta nama di Liga Australia |
Kuala Lumpur: Kualiti ‘ubi muda’ negara nampaknya bukan kaleng-kaleng apabila seorang lagi pemain, Roudell Enel Tan berjaya beraksi di Liga Australia.
Sehingga kini, hampir 10 pemain muda beraksi di luar negara termasuk Luqman Hakim Shamsudin di Liga Belgium serta Wan Kuzain Wan Kamal di liga utama Amerika Syarikat (AS).
Arena Metro yang berjaya menghubungi Roudell di Melbourne mengakui, dia beraksi bersama kelab Clifton Hill dalam divisyen lima Australia dan berhasrat untuk terus melebarkan sayapnya di negara itu.
Dia yang berusia 20 tahun dan berasal dari Kota Kinabalu, Sabah mula beraksi di Australia sejak berumur 16 tahun dengan menyertai beberapa kelab seperti Hume City, Heidelberg United dan Northcote City.
“Saya mula main di Australia sejak umur 16 tahun dengan memasuki beberapa akademi bola sepak di sini. Selama empat tahun ini, banyak perkara dan pengalaman saya belajar.
Seorang lagi “ubi muda” negara asal Sabah berjaya beraksi di Liga Australia |
“Saya akan terus berusaha hingga dapat bermain di liga satu atau dua di mana ia bukan perkara mustahil asalkan saya berusaha dan tingkatkan lagi tahap permainan saya,” katanya.
Sebelum ini, pemain naturalisasi, Liridon Krasniqi beraksi di Liga Australia bersama Newcastle Jets secara pinjaman selama enam bulan yang berakhir Jun lalu.
Roudell yang bermain di posisi tengah mengakui menjadikan pemain tengah England, Jack Grealish sebagai idola dan sumber inspirasinya.
“Saya gemar melihat Jack Grealish bermain di mana pemain tengah itu cukup pintar dan mempunyai teknik kawalan bola baik serta bijak melorongkan bola ke depan,” katanya.
Sumber:HM
Post a Comment