Air 'Milo': Usaha penyelenggaraan sedang dilakukan Jabatan Air

Picture
KERUH: Kerja-kerja mengeluarkan air keruh sedang dilakukan
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



KOTA KINABALU: Bekalan air keruh berlaku di Kuala Penyu dan Menumbok adalah disebabkan oleh Loji Rawatan Air (LRA) Limbawang yang meningkatkan kuantiti airnya.

Menurut satu kenyataan oleh Jabatan Air Negeri Sabah (daerah Kuala Penyu), LRA Limbawang telah meningkatkan kuantiti bekalan air daripada 450 meter padu sejam kepada 640 meter padu sejam.


Ia dilakukan bagi menyalurkan bekalan air ke tangki imbangan Kayul dan Stesen Pam Air (SPA)Kayul, Kuala Penyu.

Keadaan itu menyebabkan mendakan lumpur pada saluran paip hantaran sedia ada bersaiz 600mm diameter sepanjang 25km daripada LRA Limbawang ke SPA Kayul berlaku pergolakan yang mana mendakan lumpur lama telah terbongkar dan seterusnya terkumpul ke dalam tangki imbangan Kayul.

Pihak Jabatan Air Kuala Penyu sedang berusaha menjalankan kerja-kerja mengeluarkan air pada saluran paip hantaran daripada LRA Limbawang ke SPA Kayul, saluran paip retikulasi daripada tangki Janang, Mansud dan Menumbuk.


Usaha seumpama juga dilakukan untuk membuang isian air pada tangki-tangki utama yang terjejas bagi menstabilkan kembali kualiti air kepada keadaan normal.

SOURCE: UTUSAN BORNEO

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.