Seorang lelaki diselamatkan selepas naik ke atas besi jambatan setinggi 6 meter dalam satu kejadian di jambatan Beaufort pada Selasa.
Lelaki Hidu Gam terperangkap atas jambatan diselamatkan Bomba
BEAUFORT - Seorang lelaki diselamatkan pasukan bomba selepas terperangkap di atas besi jambatan setinggi kira-kira 6 meter dalam kejadian di jambatan Beaufort, di sini pada Selasa.
Anggota bomba memanjat jambatan untuk menyelamatkan lelaki itu.
Seorang lelaki yang terperangkap di atas sebuah jambatan besi di Pekan Beaufort, di sini, berjaya diselamatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.40 pagi itu, lelaki berusia 20 tahun itu dipercayai berada dalam keadaan khayal selepas menghidu gam dan bertindak naik ke atas besi jambatan berkenaan.
lelaki terbabit bagaimanapun berjaya dibawa turun dengan selamat tanpa sebarang kecederaan.
Difahamkan ketika polis membuat pemeriksaan ditubuh badan lelaki itu dan beg sandang dipakainya menemui plastik dan satu tin gam jenama jebsen dalam begnya.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort, Hasbullah Nenggok berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 10.44 pagi.
"Seramai 9 anggota dikejar ke lokasi kejadian dan sebaik tiba, seorang lelaki didapati terperangkap di atas besi jambatan berkenaan.
"Operasi membawa turun mangsa segera dilakukan dan berjaya diselamatkan sebelum diserahkan kepada pihak polis. Operasi kemudiannya ditamatkan pada jam 10.55 pagi," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, pada Selasa.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Yusoff Zaki Mat Yaacob berkata, pasukan pemantauan ternampak seorang lelaki memanjat jambatan terbabit dan perbuatan itu boleh membahayakan dirinya.
"Pasukan pemantau kemudiannya mengarahkan lelaki itu turun namun gagal sebelum bertindak meminta bantuan daripada pasukan bomba dan seterusnya berjaya dibawa turun.
DISELAMATKAN: Anggota bomba terpaksa menggunakan jentera untuk membantu lelaki terbabit turun dari jambatan berkenaan.
"Pemeriksaan pada beg sandang lelaki itu menemui plastik serta satu tin gam dan kes disiasat di bawah Seksyen 23 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ)," katanya.
SOURCE: Sinar Harian
Kongsikan artikel ini:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date
Post a Comment